Skip to main content

Harga minyak mentah naik AS$90 setong, pertama kali dalam 7 tahun

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Jan - Harga minyak mentah naik AS$90 setong buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun, didorong bekalan rendah dan ketegangan politik antara Rusia dan Ukraine kian meningkat.

 

Minyak mentah Brent meningkat kepada AS$1.76 atau 2%, ditutup pada AS$89.96 setong, melepasi AS$90 buat kali pertama sejak Oktober 2014, manakala West Texas Intermediate (WTI) ditutup AS$1.75 atau 2%, kepada AS$87.35 setong.

 

Harga minyak mengetepikan keuntungan selepas penutupan dagangan, menurun bersama aset berisiko lain seperti ekuiti selepas pelabur mentafsirkan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell dalam sidang akhbarnya mengenai jangkaan kenaikan kadar faedah yang dilihat sebagai agak 'hawkish'.

 

Rusia telah mengumpulkan ribuan tentera di sempadan Ukraine ekoran menimbulkan kebimbangan pencerobohan, selain harga pasaran tenaga meningkat berikutan kebimbangan bahawa bekalan gas Rusia ke Eropah akan terganggu dan Rusia juga merupakan salah satu pengeksport minyak terbesar dunia.

 

Setiausaha Negara A.S., Tony Blinken memaklumkan, AS akan memastikan bekalan tenaga global tidak terganggu jika Rusia mengambil tindakan.

 

Ketua Penasihat Geopolitik, Analitik S&P Global Platts, Paul Sheldon pula berkata, kebimbangan pasaran boleh menyebabkan bekalan fizikal terganggu. 

 

"Kemungkinan besar aliran akan berterusan, tetapi risiko tidak boleh diabaikan bahawa sesuatu boleh menjejaskan keseimbangan fizikal," katanya.

 

Kelmarin, Presiden A.S., Joe Biden memaklumkan akan mempertimbangkan sekatan peribadi ke atas Presiden Rusia, Vladimir Putin jika Rusia menyerang Ukraine. 

 

Pemberontak Houthi dari Yaman melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan Emiriah Arab Bersatu pada Isnin, selain ketegangan politik global telah menambah kebimbangan mengenai pasaran tenaga yang rendah. 

 

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) menghadapi masalah untuk mencapai sasaran pengeluaran bulanan kerana memulihkan bekalan kepada pasaran selepas pemotongan drastik pada 2020 dan Amerika Syarikat kekurangan lebih sejuta tong daripada paras rekod pengeluaran hariannya.

 

Naib Presiden Kanan Analisis Rystad, Claudio Galimberti berkata, satu-satunya organisasi yang boleh mengubah perjalanan harga sekarang ialah OPEC. 

 

Sementara itu, permintaan kekal kukuh dan mencadangkan inventori mungkin menurun lagi, selain OPEC bertemu pada 2 Februari ini untuk mempertimbangkan satu lagi peningkatan keluaran.

 

Inventori di AS meningkat dalam minggu terbaru dengan stok minyak mentah meningkat sebanyak 2.4 juta tong, berbanding jangkaan penurunan sederhana dan inventori petrol meningkat ke tahap tertinggi dalam hampir setahun dengan penyelesaian yang diperlukan untuk pasaran.

 

Produk ditapis A.S.yang dibekalkan dan ukuran permintaan melonjak semula, meletakkan purata pergerakan empat minggu pada 21.2 juta tong sehari, mendahului aliran pra-pandemik. 

 

Peningkatan ini telah didorong oleh penggunaan sulingan seperti diesel, kerana penggunaan petrol semakin lemah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. - DagangNews.com