Harga minyak RON97 & RON95 turun 3 sen | DagangNews Skip to main content

Harga minyak RON97 & RON95 turun 3 sen

Harga minyak

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing mencatatkan penurunan harga sebanyak tiga sen seliter kepada RM1.93 dan RM1.63.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penurunan harga tersebut berkuat kuasa pada tengah malam ini hingga 25 September 2020.

"Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.93 seliter.

"Harga petrol RON95 turun sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.66 seliter kepada RM1.63 seliter.

"Bagaimanapun, harga runcit diesel turun sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter," jelas kementerian itu.

Dalam kenyataan yang sama, Kementerian Kewangan memberitahu, penurunan harga tersebut adalah berdasarkan kepada harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," tambah kementerian itu lagi. -DagangNews.com