Hong Leong AM umum agihan pendapatan RM292 juta | DagangNews Skip to main content

Hong Leong AM umum agihan pendapatan RM292 juta

 

 

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Hong Leong Asset Management Bhd (Hong Leong AM) telah mengisytiharkan agihan pendapatan berjumlah RM292 juta untuk tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2021.

 

Firma pengurusan aset itu turut optimis terhadap pemulihan pasaran pada suku keempat 2021 dengan menjangkakan peningkatan pendapatan korporat dengan pembukaan semula ekonomi berikutan kemajuan vaksinasi yang memberangsangkan di negara ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoo See Kheng dalam kenyataan berkata, dengan terus berpegang pada pendekatan yang ketat terhadap falsafah dan strategi pelaburan, mereka berhasrat untuk memberikan hasil agihan yang konsisten dan mampan kepada para pelabur di tengah-tengah ketidakpastian yang berterusan di pasaran.

 

Hong Leong AM adalah syarikat pengurusan aset dalam kumpulan syarikat Hong Leong Financial Group.

 

Syarikat ini menubuhkan dan mengagihkan dana unit amanah, dana borong dan penyelesaian portfolio khusus kepada segmen runcit dan institusi. - DagangNews.com