IMF semak mula KDNK Malaysia kepada 3.8% daripada 1.7% | DagangNews Skip to main content

IMF semak mula KDNK Malaysia kepada 3.8% daripada 1.7%

IMF

KUALA LUMPUR 25 Jun – Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini kepada 3.8% tahun atas tahun, mengecut lebih lagi berbanding unjuran 1.7%.

Semakan semula itu disebabkan IMF berpendapat pandemik Covid-19 mengakibatkan lebih banyak impak negatif ke atas aktiviti global pada separuh pertama 2020, daripada dijangkakan.  

Menurut IMF, di dalam laporan World Economic Outlook Update terbitan Jun 2020, pemulihan ekonomi global dianjurkan lebih perlahan daripada yang diunjurkan sebelum ini.

"Pertumbuhan global diunjur pada  -4.9% pada 2020, 1.9 mata peratusan bawah daripada unjuran World Economic Outlook pada Jun 2020. Bagi tahun 2021, pertumbuhan global dijangka pada 5.4%. Keseluruhannya ia akan menyebabkan KDNK 2021 kira-kira 6½ mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran sebelum Covid-19 pada Januari 2020.

“Kesan buruk ke atas isi rumah berpendapatan rendah terutamanya adalah sangat rumit, sekali gus membahayakan kemajuan besar yang dicapai di dalam usaha mengurangkan kemiskinan tegar di dunia sejak 1990an,’’ kata IMF.

KDNK Malaysia pada 2019 tumbuh pada 4.3% berbanding tahun sebelumnya, manakala suku pertama 2020 (1Q20), berkembang 0.7%, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi 1Q20, BNM dalam kenyataan pada 13 Mei lalu, berdasarkan suku atas suku disesuaikan mengikut musim, ekonomi negara mengecut 2% semasa suku tahunan tersebut.

"Pandangan ekonomi global dan Malaysia bagi 2020 akan menerima impak besar daripada pandemik Covid-19 ketika langkah-langkah ketat dilaksanakan bagi mengawal merebaknya pandemik dan ini memberi kesan terhadap pertumbuhan domestik dan permintaan luaran.

Ekonomi Malaysia dijangka menyusut pada suku kedua. Ini menggambarkan tempoh lebih lama pelaksanaan mengekang merebaknya Covid-19 di peringkat global dan dalam negara.

``Apabila langkah kawalan dilonggarkan dan Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik, aktiviti ekonomi dijangka memulih perlahan-lahan pada 2H20. Bilangan besar langkah-langkah fiskal, monetroi dan kewangan serta kemajuan di dalam projek-projek prasarana awam berkaitan pengangkutan juga akan menambah sokongan kepada pertumbuhan pada 2H20.

“Seiring dengan kemajuan di dalam unjuran pertumbuhan global, ekonomi Malaysia dijangka mencatat pemulihan positif pada 2021,’’ kata BNM.