Skip to main content

Impak negatif akibat penghapusan subsidi kerajaan tanpa alternatif

oleh SHARAN RAJ

SEKATAN ekonomi yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya terhadap Rusia yang juga merupakan pengeluar komoditi gergasi telah melonjakkan harga barangan harian sehingga memerlukan kos subsidi yang sangat tinggi.

 

Kemampuan Malaysia untuk memberikan subsidi semakin terhad kadar hutang negara yang tinggi akibat rasuah, penyelewengan dan skandal 1MDB yang berleluasa dalam tempoh 40 tahun yang lepas.

 

Pasca Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kelak, penghapusan subsidi akan menjadi agenda politik utama untuk mana-mana gabungan politik yang memilik majoriti.

 

PM

 

Penghapusan subsidi tanpa alternatif yang kukuh akan mengurangkan kuasa membeli dalam kalangan isi rumah kelas pekerja dan peniaga kecil-kecilan.

 

Pengurangan kuasa membeli akan memberikan impak negatif terhadap rakyat dan negara.

 

Impak negatif akibat penghapusan subsidi adalah seperti berikut:

 

1. Pengurangan kuasa membeli mengurangkan perbelanjaan untuk makanan berkhasiat

Rakyat akan mengurangkan makanan berasaskan protein seperti susu, ayam, telur dan ikan.

 

Sebaliknya, meningkatkan makanan berasaskan karbohidrat yang lebih murah seperti nasi dan mi segera.

 

parafrasa

 

Rentetan itu, kadar penyakit berasaskan obesiti dan gula seperti penyakit jantung dan kencing manis akan meningkat.

 

Kanak-kanak akan dijerat dengan kemiskinan zat makanan kerana mempraktikkan pemakanan berasaskan karbohidrat berlebihan tetapi rendah protein.

 

Pemakanan yang merangkumi karbohidrat berlebihan tetapi rendah protein akan menjejaskan tumbesaran seperti mata, deria pendengaran, pembinaan otot dan sebagainya.

 

Kanak-kanak yang terjejas dari segi tumbesaran tidak akan menjadi manusia cemerlang dalam bidang sukan mahupun akademik.

 

2. Pengurangan kuasa membeli akan mengurangkan jurang kaya-miskin dalam kalangan generasi masa depan

Pemakanan karbohidrat berlebihan tetapi rendah protein oleh kanak-kanak daripada isi rumah yang berpendapatan rendah berpotensi menurunkan daya keyakinan diri.

 

Gangguan tumbesaran berserta daya keyakinan diri akan mengurangkan kemampuan mendapat pekerjaan berkualiti pada masa depan untuk kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah.

 

parafrasa

 

Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengetengahkan statistik bahawa kadar memperoleh pekerjaan meningkat dengan kadar pendapatan isi rumah mereka.

 

Kadar pengangguran oleh graduan daripada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 adalah hampir 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding graduan daripada isi rumah berpendapatan melebihi RM5,000.

 

3. Pengurangan kuasa membeli akan meningkat konflik dalam keluarga seperti keganasan rumahtangga serta penceraian

Impak ini dapat diperhatikan dalam kalangan B60 ketika pengurangan subsidi oleh pentadbiran Barisan Nasional diterajui oleh Najib.

 

Masalah kewangan akan menyebabkan individu bertindak negatif atas tekanan emosi terhadap pasangan yang dikasihi yang akan mengakibatkan penceraian.

 

parafrasa

 

Selain itu, ibu bapa yang sering runsing dengan masalah kewangan berkemungkinan memukul kanak-kanak untuk perkara yang remeh seperti terlupa menutup TV ataupun kipas apabila tidak menggunakannya.

 

Kanak-kanak yang terlibat dalam keganasan rumah tangga ataupun penceraian ibu bapa memiliki kebarangkalian yang tinggi untuk berperangai agresif, buli dan gengsterisme.

 

4. Pengurangan kuasa membeli akan meningkatkan kadar pengangguran negara

Pengurangan kuasa membeli sejagat akan mengurangkan pendapatan kepada penjaja dan peniaga kecil sehingga memaksa mereka untuk menggulung tikar dan menganggur demi pekerjaan.

 

Manakala, syarikat formal akan menjaga kadar keuntungan mereka dengan mengurangkan kos tenaga pekerja.

 

Ketiadaan sistem pelindungan hak asasi manusia untuk pekerja migran membenarkan syarikat formal untuk menindas pekerja migran untuk bekerja lebih untuk gaji yang rendah.

 

Maka, syarikat formal akan membuang pekerja tempatan untuk pekerja migran. Pembuangan pekerja tempatan akan meningkatkan kadar pengangguran.

 

parafrasa

 

Kesimpulan

Perbincangan untuk menghapuskan subsidi hanya berpaksikan statistik dan data tanpa mengetengahkan impak terhadap manusia umum.

 

Ahli politik yang dipilih ke Parlimen Persekutuan yang terdiri daripada aliran konservatif, etnik-agama, aliran tengah, demokrat dan liberal telah gagal untuk memahami impak penghapusan subsidi tanpa alternatif.

 

Alternatif yang kukuh perlu dilaksanakan sebelum penghapusan subsidi. – DagangNews.com

 

 

SHARAN RAJ merupakan aktivis hak asasi manusia untuk pendidikan sejagat, pelindung alam sekitar dan penganalisis dasar infrastruktur. Beliau memiliki kelayakan dalam bidang jurutera. Ketika ini, dia sedang menjalankan kajian ekonomi tentang mata wang  serantau untuk negara ASEAN dan Oceania untuk pasca-siswazahnya.