Skip to main content

7 peserta kejohanan badminton Terbuka India disahkan positif COVID-19

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jan - Tujuh perserta menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka India selepas disahkan positif COVID-19 berdasarkan kepada ujian saringan yang dijalankan.

 

Persekutuan Badminton Dunia  (BWF) berkata, kesemua pemain itu didapati positif selepas menjalani ujian RT-PCR yang diwajibkan ke atas mereka, semalam. 

 

Badan induk badminton dunia itu berkata, selain tujuh pemain itu, kontak rapat mereka juga menarik diri daripada kejohanan itu.

 

"Pemain yang menarik diri tidak akan digantikan sebaliknya lawan mereka akan diberikan kemenangan percuma.

 

"Protokol ujian saringan kejohanan itu dilaksanakan mengikut panduan yang ditetapkan BWF dan Persatuan Badminton India dalam memastikan keselamatan pserta sepanjang kejohanan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Berdasarkan kepada jadual pusingan kedua hari ini, kesemua pemain Malaysia akan turun beraksi dan tiada diantara mereka dijangkiti COVID-19.

 

minton
Pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan turun beraksi hari ini bagi mencari tempat ke suku akhir Terbuka India.

 

Dalam aksi hari ini pemain perseorangan profesional, Soong Joo Ven akan berdepan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew selain pemain muda negara, Ng Tze Yong yang akan berdepan Lucas Claerbout dari Perancis untuk mencari tempat ke saingan suku akhir kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 500 itu.

 

Turut beraksi pasangan beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin; pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan tiga lagi pasangan beregu campuran, Chan Peng Soong-Valeree Siow, Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. - DagangNews.com