Amazfit T-Rex 2 jam tangan pintar baharu lebih lasak, serba boleh | DagangNews Skip to main content

Amazfit T-Rex 2 jam tangan pintar baharu lebih lasak, serba boleh

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Jenama perkakasan boleh pakai pintar premium yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp), Amazfit hari ini melancarkan T-Rex 2 sebuah jam tangan pintar luar, lasak dan serba boleh.

 

Amazfit baru-baru ini menghantar jam tangan pintar GPS yang lasak Amazfit T-Rex 2 ke angkasa lepas dalam usaha membuktikan kekuatannya dalam persekitaran yang melampau. 

 

Perjalanan angkasa lepas bermula di bandar Sheffield di United Kingdom, yang mana Amazfit T-Rex 2 dihantar dengan kapal angkasa ringan yang dilengkapi dengan sistem penjejakan dan kawalan yang berfungsi sepenuhnya, serta kamera untuk merakam sorotan paling menarik selama dua setengah jam perjalanan pergi dan balik.

 

Amazfit T-Rex 2 telah lulus 15 ujian gred tentera dan boleh kekal berfungsi pada suhu serendah -30 darjah Celcius melalui ciri operasi suhu ultra rendah. Dengan hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 24 hari, ia didatangkan dengan dwijalur, kedudukan 5-satelit dan import laluan dan navigasi masa nyata untuk kegunaan luar yang optimum. 

 

Dibina untuk apa sahaja keadaan bumi, Amazfit T-Rex 2 juga boleh menahan haba sehingga 70 darjah Celcius dan mempunyai rintangan kelembapan 240j, rintangan semburan garam 96j dan rintangan kejutan.

 

Pemakai boleh mencipta templat latihan mereka sendiri untuk 11 jenis sukan berbeza melalui aplikasi Zepp. Amazfit T-Rex 2 juga mempunyai banyak pilihan lebih 150 mod sukan termasuk mod triatlon menguji keliatan, mod larian trek rakaman data pusingan profesional, dengan pembetulan trajektori pintar dan mod hayunan golf yang lebih santai.

 

Pengurus Negara bagi Amazfit Malaysia, Benky Lin berkata, tidak dinafikan bahawa Amazfit T-Rex 2 adalah salah satu jam tangan pintar yang paling lasak di pasaran. 

 

 

amaz

 

 

Beliau berkata, ujian gred tentera memastikan ia boleh menahan tekanan rendah dan tinggi, haba dan sejuk melampau, hujan, garam, pasir, habuk, getaran, kejutan, asid dan kulat. 

 

"Amazfit T-Rex 2 dibina untuk ketahanan dan serba boleh serta untuk kegunaan aktiviti luar yang hebat serta untuk latihan kekuatan dalam apa jua keadaan.

 

 

amaz

 

 

"Ini adalah jam tangan pintar yang bersedia untuk mengembangkan naluri anda di mana-mana sahaja di dunia. Kami telah menolaknya ke had, pergi ke angkasa lepas, tertakluk kepada keadaan paling ekstrem yang boleh kami capai dan itu termasuk suhu panas di Death Valley di California dan kedalaman Lautan Pasifik," katanya.

 

 

amaz

 

 

Penampilan Amazfit T-Rex 2 diilhamkan menerusi semangat alam semula jadi dan terdapat dalam Astro Black & Gold, Ember Black, Wild Green dan Desert Khaki. Ia bergaya lasak dengan paparan HD AMOLED yang membolehkan pemakai memuat turun berdozen muka jam dengan paparan sentiasa hidup padan atau imej unik kepada pemakai.

 

Amazfit T-Rex 2 didatangkan dengan waranti setahun dan dijual pada harga RM799 setiap satu. Bersempena pelancarannya, Amazfit T-Rex 2 akan ditawarkan eksklusif untuk Kedai Dalam Talian Shopee dengan harga promosi kedai dari 6 Julai hingga 8 Julai 2022. - DagangNews.com