AmBank Economic unjur inflasi Malaysia pada kadar 2.7% untuk 2023 | DagangNews Skip to main content

AmBank Economic unjur inflasi Malaysia pada kadar 2.7% untuk 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Julai - AmBank Economic Research menjangkakan bacaan tahun penuh inflasi Malaysia adalah pada kadar 2.7%.

 

Firma itu berkata, unjuran itu adalah di bawah julat ramalan tahun penuh iaitu antara 3% hingga 3.5%.

 

"Unjuran kami adalah berdasarkan kepada andaian penghapusan sebahagian subsidi kepada pemberian subsidi bersasar.

 

"Bagaimanapun, jika ia tidak menjadi kenyataan pada tahun ini, maka kami menyemak turun ramalam inflasi kami sekita 2.7% hingga 2.9%," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, Inflasi utama Malaysia meneruskan aliran menurunnya, berkurangan kepada 2.4% pada Jun 2023, menjadikan inflasi tahun sehingga kini kepada 3.2%, iaitu dalam lingkungan ramalan setahun firma itu.

 

BACA JUGA: Kadar inflasi Malaysia menurun kepada 2.4% pada Jun 2023 - DOSM

 

Inflasi teras (tidak termasuk item yang tidak menentu dan harga terkawal) juga berkurangan kepada 3.1% pada Jun 2023. 

 

Mengenai inflasi teras, firma itu berkata, momentum penurunan itu dijangka berterusan berikutan kesan daripada kenaikan kadar faedah yang dibuat oleh bank pusat untuk mengekalkannya.

 

"Kami tidak melihat sebarang keperluan mendesak untuk kadar faedah dinaikkan lebih tinggi dari masa ini dan kami mengesahkan pandangan kami terhadap Kadar Dasar Semalaman (OPR) berada pada 3% sepanjang tahun," katanya.- DagangNews.com