Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Kolumnis DagangNews.com
PADA pembentangan bajet 2022 kali ini, saya sibuk dengan urusan keluarga di Kuantan tanpa menonton TV. Saya pun lupa langsung tentang bajet 2022 kerana bertemu sanak saudara.
Setelah membaca laporan bajet 2022 yang sebagai inklusif dan tidak mengecualikan mana-mana sektor atau sesiapa pun kecuali beberapa golongan.
Peruntukan sebanyak RM332.1 bilion Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera adalah belanjawan besar yang dijangka khusus bagi tahun pemulihan semua sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Namun bajet dibentangkan Menteri Kewangan didakwa masih mempunyai kekurangan. Bajet kurang memberi perhatian terhadap golongan berpendapatan sederhana (M40).
Setiap kali pembentangan bajet, golongan M40 tertunggu-tunggu insentif yang dapat memberi ruang dan peluang kepada mereka terus terasa hampa.
Antara keperluan M40 seperti lanjutan moratorium memberi faedah selain bantuan lain yang lebih fleksibel. M40 juga antara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang perlu diberikan perhatian.
Perlu dikemas kini dan ditambah nilai ke atas insentif kepada untuk M40 yang turut melalui kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian serta mencari sumber pendapatan untuk kelansungan hidup. Keprihatinan terhadap M40 dapat memberi impak baik khususnya dalam meningkatkan ekonomi masyarakat yang tergendala oleh pandemik.
Orang Kurang Upaya
Selain itu, untuk meningkatkan akses golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam industri media, semua rangkaian televisyen termasuk swasta akan menyediakan khidmat jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita.
Membolehkan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini. Saluran berita 24 jam Bernama TV menjadi stesen penyiaran televisyen kedua menggunakan perkhidmatan jurubahasa isyarat dalam siaran berita.
Bernama TV yang mula dilancarkan sejak 2008 menjadi stesen penyiaran pertama di negara ini menggunakan perkhidmatan jurubahasa isyarat bagi siaran berita sukan.
Bagaimana program-program untuk OKU? Laporan berita OKU yang hampir 15% dari penduduk negara tidak dipancarkan. Malah banyak kisah OKU yang boleh ditayangkan untuk pengetahuan masyarakat.
Banyak peruntukan dalam aspek memperkasakan golongan OKU dari segi latihan, insentif untuk majikan yang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, pendidikan, penaiktaraf infrastruktur dan intervensi awal bagi kanak-kanak OKU.
Sebagai langkah positif pertama yang akan disambung dan akan diperkembangkan pada masa hadapan.
RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU, RM10 juta untuk program latihan OKU, dan kuota khas sebanyak satu peratus menerusi program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) kepada golongan OKU.
Kuota satu peratus MySTEP untuk OKU, perlu ada mekanisme yang betul untuk memantau kemajuan atau kejayaannya dan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan OKU.
Inisiatif itu akan memberikan pekerjaan dan memastikan kelangsungan hidup terutama belia OKU.
Satu cadangan untuk kerajaan memperkenalkan satu skim menggunakan kad OKU dalam mendapatkan barangan runcit pada harga berpatutan. Kad OKU perlu pelbagai insentif penggunaan yang menarik seperti e-Wallet.
Keputusan kerajaan untuk menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki OKU adalah langkah yang baik kerana akan memberi manfaat kepada ramai OKU.
Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak kemudahan awam mesra OKU di sekolah dan universiti kerana jumlahnya masih terlalu kurang.
Penerusan program PENJANAKERJAYA yang telah memberi impak positif kepada JaminKerja, membolehkan ramai OKU mendapat pekerjaan berkualiti mengikut kelulusan. Lantas memastikan mereka hidup berdikari tanpa sentiasa bergantung kepada orang lain disekeliling.
Boleh dikatakan OKU menghadapi kesukaran untuk memasuki bangunan kerajaan dan swasta yang langsung tidak mesra OKU. Pelbagai kekurangan dan kelemahan OKU terutama fizikal, penglihatan dan sebagainya.
Diharapkan penyediaan laluan khas bagi OKU terutama tandas di legar awam, pejabat kerajaan dan R & R.
Saya berpengalaman menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kangar dimana tiada satu tandas pun untuk OKU disediakan. Perjalanan yang jauh bermula 9.30 malam hingga subuh itu menyukarkan saya untuk ke tandas setiap kali bas berhenti.
Tandas-tandas langsung tidak bersih dengan sabun tidak disediakan.
Kemudian menaiki kereta untuk ke Kuantan dari Kuala Terengganu melalui lebuhraya dan jalan biasa, semua tandas yang saya guna bukan tandas OKU kecuali lebuh raya tetapi tiada sabun.
Untuk ke tandas pun jalan tidak mesra OKU dengan ketinggian bukan untuk OKU. Mungkin pereka bentuk tandas tidak memikirkan OKU yang semakin ramai.
Saya pernah ke 61 negara di dunia dan merasakan Amerika dan Eropah, selain Dubai cukup mesra OKU. Tandas di New Zealand umpamanya cukup bersih dan terjaga. Tidak di Malaysia untuk tahun 2021 dan membawa ke tahun 2022, tetap sama masyarakat melihat tandas tempat buangan najis semata.
Kalau tandas masih tidak dijaga apakah faedah berbilion ringgit bajet diumumkan setiap tahun. Tandas adalah penting dan tiada manafaat untuk OKU kalau berterusan.
Saya juga melihat kesihatan mental yang dinaikkan daripada RM24 juta kepada 2021 kepada RM70 juta adalah wajar. Sekurangnya bahana bunuh dari mendapat cara untuk mengatasi.
Bajet 2022 bertemakan, "Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera" yang inklusif, mampan dan seimbang tanpa meminggirkan mana-mana individu boleh dipuji walau ada kekurangan. Bajet 2022 memberikan fokus yang terserlah dalam soal pembangunan sosioekonomi golongan rentan dan kurang bernasib baik.
Pelbagai inisiatif khusus buat komuniti OKU dan terima kasih kerajaan kerana memahami erti keterangkuman. Setidaknya pelbagai inisiatif buat komuniti OKU Keluarga Malaysia yang terus hidup bersama.
Kecuali tandas awam, sampai bila untuk rakyat memahami penyelanggaraan tandas yang sentiasa bersih untuk kegunaan adalah fungsi utama tanpa perlu bajet yang besar! - DagangNews.com