Berjaya Food International ambil alih perniagaan Starbucks di Iceland, Denmark, Finland | DagangNews Skip to main content

Berjaya Food International ambil alih perniagaan Starbucks di Iceland, Denmark, Finland

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Ogos -  Berjaya Food International (BFI) di bawah syarikat Berjaya Food Bhd (BFood) berkembang ke pasaran Nordik melalui pengumumannya untuk mengendalikan operasi kedai runcit Starbucks dalam tiga negara iaitu Iceland, Denmark, and Finland.

 

Langkah strategik itu menandakan kemasukan Syarikat F&B tersenarai awam Malaysia yang pertama ke dalam perniagaan kopi di rantauan Nordik. 

 

Selain itu, BFood berkata, perkembangan itu memberi tumpuan pada pengambilan dan penyumberan tempatan, menonjolkan dedikasinya  menyebarkan kepakaran kulinari dan operasinya serta meningkatkan pengalaman F&B. 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7399522613753597200.jpg?itok=XUq6lpJK","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7399522613753597200?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Visi kami adalah untuk menggabungkan piawaian Starbucks yang menekankan kualiti, inovasi dan hospitaliti melalui jenama kecemerlangan kulinari dan operasinya sendiri, menjanjikan pengalaman Starbucks kepada penggemar kopi Nordik," ujarnya. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd, Datuk Sydney Quays teruja untuk membawa kepakaran dan semangat syarikat itu dalam budaya kopi Nordik yang bertenaga.

 

"Kami teruja untuk memperkenalkan layanan mesra Malaysia dan menjanjikan pengalaman 'tempat ketiga' Starbucks yang luar biasa di seluruh dunia," ulas beliau dalam kenyataan media hari ini. 

 

Di samping itu, Presiden Starbucks Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Duncan Moir berkata perkembangan ke pasaran Nordik bersama  BFood sebagai rakan kongsi perniagaan dipercayai bakal memberi sumbangan kepada komuniti kopi tempatan di rantau itu. 

 

“Hubungan kami dengan BFood yang menjangkaui 26 tahun, kami teruja untuk terus berhubung dengan lebih ramai pelanggan melalui minuman Starbucks dan membuat pelaburan yang memberi kesan kepada pekerja kami dan komuniti,” kata beliau.

 

Pengambilalihan kedai Starbucks di Iceland, Denmark dan Finland oleh BFI akan membuka jalan kepada era baharu inovasi dan pertumbuhan dalam landskap kopi Nordik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Salling & Franchise, Kumpulan Salling, Marianne Bedsted mengharapkan kerjasama dengan BFI sebagai rakan kongsi pengendali runcit berlesen baharu akan terus mengukuhkan lagi kedudukan syarikatnya dalam pasaran Denmark. 

 

"Dengan momentum kukuh semasa kami dan status Starbucks sebagai kedai kopi paling digemari dalam kalangan pelanggan Denmark, kami melihat potensi besar untuk membuka lokasi tambahan dan menarik lebih ramai pelanggan baharu,” kata beliau.- DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/jO2vII1bY0E.jpg?itok=cWJTCCKf","video_url":"https://youtu.be/jO2vII1bY0E","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}