Bursa Malaysia Securities tegur Eksons Corporation langgar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia Securities tegur Eksons Corporation langgar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Bursa Malaysia Securities Berhad menegur Eksons Corporation Berhad secara terbuka kerana melanggar perenggan 9.35A(1)(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (LR Utama)selepas gagal memastikan laporan suku keempat syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 yang diumum pada 30 Mei 2022 selepas mengambil kira pelarasan yang dinyatakan dalam pengumuman syarikat bertarikh 29 Julai 2022.

 

Kumpulan itu juga dikehendaki menjalankan semakan terhad terhadap penyerahan laporan suku tahunan syarikat dan ia mesti dilakukan oleh juruaudit luar untuk empat laporan suku tahunan bermula selewat-lewatnya daripada laporan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2023.

 

Eksons juga mesti menyemak dan menilai kecukupan dan keberkesanan pelaporan kewangannya.

 

"Walaupun Bursa Malaysia tidak mendapati mana-mana pengarah kumpulan itu menyebabkan pelanggaran oleh syarikat namun ingin mengetengahkan dan mengingatkan bahawa adalah menjadi kewajipan barisan pengarah untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab dan akauntabiliti yang sesuai dalam memastikan pematuhan daripada LR Utama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Lembaga Pengarah Eksons yang terlibat pada masa keputusan suku tahun pada Mac 2022 adalah seperti berikut:-

  • Tan Sri Abdul Aziz Hussain
  • Tay Hua Sin
  • Datuk Philip Chan Hon Keong
  • Nik A. Majid Mohd. Kamil
  • Hew Mei Ying

 

Penemuan pelanggaran dan tindakan penalti yang dikenakan adalah berdasarkan perenggan 16.19(1) LR Utama selepas proses sewajarnya selesai selepas mengambil kira semua fakta dan keadaan.

 

Eksons sebelum ini telah melakukan pelanggaran yang sama berkenaan dengan pengumuman syarikat mengenai laporan suku keempatnya untuk 31 Disember 2014 yang kemudiannya dipinda pada 28 Mei 2015.

 

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran itu sebagai keperluan bagi syarikat tersenarai untuk mengemukakan penyata kewangan yang berfakta, jelas, tidak jelas, tepat, ringkas dan mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan pelabur membuat keputusan. - DagangNews.com