CGS-CIMB Research unjur Malayan Cement muncul antara penerima manfaat utama projek HSR, MRT3 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research unjur Malayan Cement muncul antara penerima manfaat utama projek HSR, MRT3

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Ogos - CGS-CIMB Research menjangkakan Malayan Cement Berhad muncul antara penerima manfaat utama projek kereta api laju (HSR) KL-Singapura dan Transit Aliran Massa 3 (MRT3).

 

Firma penyelidikan itu berkata, prospek industri simen kelihatan lebih cerah selepas suku keempat 2023 apabila terdapat kejelasan mengenai MRT3, Transit Aliran Ringan Bayan Lepas dan HSR, yang mempunyai nilai gabungan kira-kira RM90 bilion.

 

“Dengan mengandaikan simen menyumbang 5% daripada jumlah kos pembinaan, kami menganggarkan ini boleh menyebabkan permintaan tambahan sebanyak RM4.5 bilion dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

 

"Kami percaya syarikat itu adalah penerima utama HSR dan MRT3 tanpa mengira penglibatan YTL," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu yakin kumpulan itu akan mengumumkan keputusan 4QFY6/23 yang cemerlang pada akhir bulan ini.

 

Mereka menganggarkan keuntungan bersih teras 4QFY6/23 meningkat 114% dari tahun ke tahaun dan 37% dari suku ke suku didorong kesan penuh kenaikan purata harga jualan (ASP) kos arang batu yang lebih rendah dan projek ECRL berjalan dengan lancar.

 

Keuntungan bersih 3QFY6/23 ialah RM63 juta atas pertumbuhan hasil sebanyak 25% dari tahun ke tahun dan 10% dari suku ke suku.

 

"Kami menaikkan EPS FY23F/24F/25F kami sebanyak 4%/32%/29% untuk andaian campuran ASP yang lebih tinggi masing-masing sebanyak RM327, RM368 dan RM371 (berbanding RM326, RM354, RM357 sebelumnya)," katanya.

 

CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM5.55 sesaham.- DagangNews.com