CGS-CIMB unjur keuntungan Yinson bagi 2QFY24 mengatasi RM208 yang dicatatkan pada 1QFY24 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB unjur keuntungan Yinson bagi 2QFY24 mengatasi RM208 yang dicatatkan pada 1QFY24

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Ogos - CGS-CIMB Research menjangkakan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi 2QFY24 mengatasi RM208 juta yang dicatatkan pada 1QFY24.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu akan menempah  kadar penyewaan bot kosong (BBC) penuh daripada kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Anna Nery yang meraih minyak pertama pada 7 Mei 2023 dan ia adalah pemangkin penarafan semula utama.

 

Katanya, kadar siap sedia untuk FPSO Anna Nery dari 3 Januari 2023 sehingga hari sebelum pengeluaran minyak pertama pada 6 Mei 2023 masih dalam rundingan dengan penyewa dan kadar itu mungkin diketahui antara 3QFY24 hingga 4QFY24.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan dengan beberapa cabaran termasuk pelaksanaan projek dan kos pinjaman yang lebih tinggi daripada jangkaan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Yinson secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan mengambil pinjaman berjangka selama enam tahun, AS$230 juta daripada konsortium pemberi pinjaman yang diketuai oleh Rakan Kongsi Infrastruktur Global (GIP).

 

"Pinjaman ini akan digunakan untuk membiayai bahagian ekuiti Yinson daripada belanjawan FPSO Maria Quiteria (MQ) sebanyak AS$950 juta, yang mana ia telah memperoleh kemudahan pinjaman AS$720 juta selama enam tahun pada 2022," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM3.57 sesaham. - DagangNews.com