Elridge Energy menandatangani perjanjian taja jaminan dengan KAF untuk IPO di Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

Elridge Energy menandatangani perjanjian taja jaminan dengan KAF untuk IPO di Pasaran ACE

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 15 Julai - Elridge Energy Holdings Bhd, pengilang produk bahan api biojisim menandatangani perjanjian taja jamin bersama KAF Investment Bank sempena tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada hari ini.

 

Dibawah perjanjian taja jamin itu, KAF akan menjamin sejumlah RM100 juta saham baharu diperuntukkan kepada orang awam dan individu yang layak.

 

“Kami memperoleh kelulusan dan berasa gembira dengan kemajuan dicapai dalam latihan penyenaraian ini,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Elridge, Oliver Yeo.

 

Pelaksanaan IPO itu akan melibatkan sebanyak 350 juta saham baharu terbitan awam dan menawarkan jualan bernilai RM350 juta saham sedia ada menurut draf prospektus difailkan dengan Bursa Malaysia.

 

Penyenaraian itu menawarkan pelabur pegangan sehingga 35% dalam syarikat pada harga yang akan ditentukan kemudian.

 

Sementara itu, terbitan awam terdiri daripada 80 juta saham untuk orang awam, 20 juta saham pula dipegang individu yang layak, dan 250 juta saham akan salurkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

 

Oleh itu, hasil daripada IPO akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi pesanan daripada pelanggan baharu dan sedia ada.

 

Elridge kini beroperasi dari kilang di Port Klang dan mempunyai kapasiti 720,000 tan setahun telah mencapai kadar penggunaan hampir 74% menjelang akhir tahun 2023.

 

Syarikat itu merancang di membina kilang seluas 105,000 kaki persegi yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 240,000 tan di Kuantan, Pahang.

 

Hasil daripada IPO juga akan digunakan untuk membeli peralatan kilang baharu di Kuantan, Johor dan Sabah.

 

Sementara itu, baki hasil akan digunakan sebagai modal kerja dan menampung perbelanjaan penyenaraian.

 

Syarikat itu, sebahagiannya disokong oleh firma pengedaran peralatan elektrik tersenarai, Mikro MSC Bhd (KL) yang mengeluarkan serta memperdagangkan produk menjana haba atau elektrik dibuat daripada bahan api biojisim seperti tempurung sawit dan pelet kayu.

 

Yeo berkata, penyenaraian syarikat tepat pada masanya dengan lonjakan permintaan untuk produk bahan api biojisim berkualiti tinggi dan hasil daripada tenaga mampan.

 

“Usaha menangani perubahan iklim akan menguntungkan Elridge,”

 

“Pandangan pasaran positif ini menekankan potensi produk bahan api biojisim untuk menyumbang secara ketara kepada keperluan tenaga dan matlamat alam sekitar.

 

“Ditambah dengan prestasi kukuh indeks tempatan semasa, masa ini adalah tepat,” tambahnya.

 

Sepanjang pelaksanaan IPO itu, KAF Investment Bank merupakan penasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan. - DagangNews.com