Handal Energy terima tuntutan saman Seaoffshore Shared babit pertikaian pembayaran RM9.58 juta | DagangNews Skip to main content

Handal Energy terima tuntutan saman Seaoffshore Shared babit pertikaian pembayaran RM9.58 juta

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Handal Energy Bhd menerima tuntutan saman daripada Seaoffshore Shared Sdn Bhd berjumlah RM9.58 juta berhubung pertikaian pembayaran bagi perkhidmatan pengurusan yang didakwa telah diberikan sebelum ini.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan kren luar pesisir itu berkata, Seaoffshore Shared turut menuntut RM170,369 yang telah diinvois pada Julai 2024.

 

Tuntutan Seaoffshore terhadap Handal adalah untuk pembayaran bagi perkhidmatan pengurusan yang didakwa telah diberikan, menurut pemfailan Handal. 

 

"Selepas mendapatkan nasihat undang-undang, syarikat telah dimaklumkan mempunyai pembelaan yang kukuh terhadap tuntutan Seaoffshore. 

 

"Syarikat telah melantik peguam untuk membela diri dalam tindakan itu," ujar Handal.

Handal mengalami kerugian sejak empat suku terakhir berturut-turut. 

 

Kumpulan itu merekodkan kerugian bersih terbaharu yang berjumlah RM3.64 juta bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2024, di belakang pendapatan RM743,000.- DagangNews.com