HLIB mulakan liputan terhadap DKSH dengan saranan 'pegang', TP RM5.43 | DagangNews Skip to main content

HLIB mulakan liputan terhadap DKSH dengan saranan 'pegang', TP RM5.43

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research memulakan liputan terhadap DKSH Holdings (Malaysia) Berhad dengan saranan 'pegang' pada harga sasaran (TP) RM5.43 sesaham. 

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan prestasi kumpulan mendatar pada FY23 kesan kos operasi yang tinggi.

 

“Pertumbuhan pendapatan pada FY24 hingga FY25 akan disokong oleh jangkaan pertumbuhan dalam pendapatan isi rumah, serta perbelanjaan penjagaan kesihatan yang lebih besar oleh kedua-dua sektor awam dan swasta.

 

"Unjuran kami juga mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) tiga tahun sebanyak 6.8% dalam pendapatan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

HLIB berkata, terdapat trend yang semakin meningkat ke arah perkhidmatan pengedaran penyumberan luar kerana mahal bagi pemilik jenama untuk menubuhkan dan menyelenggara infrastruktur pengedaran mereka sendiri.

 

“Menguruskan pasukan pengedaran dalaman memerlukan kos tetap yang ketara, yang membawa kepada pengurangan keutamaan untuk pengedaran dalaman.

 

“Penyumberan luar kepada pengendali seperti DKSH adalah menjimatkan kos dan membolehkan pemilik jenama memberi tumpuan kepada pembangunan dan pembuatan jenama.

 

“Dengan kepimpinan pasaran DKSH dan trend penyumberan luar yang semakin meningkat, ia berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dan jenama pada masa hadapan,” katanya. - DagangNews.com