Inflasi harga makanan domestik kekal tinggi di seluruh dunia - Bank Dunia | DagangNews Skip to main content

Inflasi harga makanan domestik kekal tinggi di seluruh dunia - Bank Dunia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Julai - Inflasi harga makanan domestik kekal tinggi di seluruh dunia, kata Kumpulan Bank Dunia.

 

Bank itu berkata, maklumat antara Februari 2023 dan Mei 2023 menunjukkan inflasi yang tinggi di kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan inflasi lebih tinggi daripada 5% di 61.1% negara berpendapatan rendah, 79.1% negara berpendapatan sederhana rendah, dan 70% negara berpendapatan sederhana atas, dengan banyak yang mengalami inflasi dua digit.

 

Di samping itu, 78.9% negara berpendapatan tinggi mengalami inflasi harga makanan yang tinggi.

 

Bank itu berkata, negara yang paling terjejas adalah di Afrika, Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Selatan, Eropah dan Asia Tengah.

 

Inflasi harga makanan melebihi inflasi keseluruhan di 79.8% daripada 163 negara tempat data tersedia.

 

Bank Dunia berkata, indeks harga pertanian dan bijirin masing-masing ditutup 4% dan 12% lebih rendah, manakala indeks harga eksport ditutup pada paras yang sama seperti dua minggu lalu.

 

Katanya, penurunan dalam indeks harga bijirin terutamanya didorong oleh penurunan mendadak dalam harga jagung, yang turun sebanyak 21% berbanding dua minggu lalu.

 

Harga gandum juga menurun sebanyak 3%, manakala harga beras meningkat sebanyak 1% dalam tempoh yang sama.

 

Pada asas tahun ke tahun, harga jagung dan gandum kedua-duanya adalah kira-kira 19% lebih rendah, manakala harga beras adalah 16% lebih tinggi.

 

Harga jagung adalah 4% lebih rendah, manakala harga gandum dan beras masing-masing 1%, dan 3% lebih tinggi, berbanding Januari 2021. - DagangNews.com