Isu pengampunan Najib: Bukan kuasa kerajaan atau UMNO, kata PM | DagangNews Skip to main content

Isu pengampunan Najib: Bukan kuasa kerajaan atau UMNO, kata PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR 26 Okt - Kerajaan dan UMNO konsisten untuk tidak mencampuri urusan mahkamah melibatkan mana-mana individu di negara ini termasuk isu berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibangkitkan pihak tertentu.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan, lapor Bernama. 

 

"Isu pengampunan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kuasa bukan kerajaan, bukan di tangan UMNO, kita hormati apa sahaja keputusan mahkamah, ia terpulang kepada semakan kehakiman dan lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Angkasapuri Kota Media di sini hari ini. 

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuba sebuah kamera video selepas perasmian Angkasapuri Kota Media pada 26 Oktober 2022.

 

 

pm

 

 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan seorang penganalisis politik yang tular di Twitter, mendakwa Najib akan mendapat pengampunan penuh jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - DagangNews.com