Jabra perkenal fon kepala Evolve2 75 dengan teknologi ANC | DagangNews Skip to main content

Jabra perkenal fon kepala Evolve2 75 dengan teknologi ANC

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 12 Nov - Jabra memperkenalkan set kepala Evolve2 75 dengan teknologi Pembatalan Bunyi Bising Aktif (ANC) yang membolehkan pengguna mengimbangi sepenuhnya bunyi persekitaran serta muzik yang ingin didengari.

 

Selaras dengan gaya terkini, fon kepala Jabra direka dengan bentuk ergonomik yang memberikan keselesaan menerusi pembaharuan reka bentuk kusyen kulit tiruan berkembar yang meningkatkan pengudaraan bagi mengurangkan tekanan kepada teliga.

 

Fon kepala keluaran terbaharu itu juga memiliki butang 'HearThrough' yang membolehkan pengguna mendengar bunyi sekeliling apabila perlu selain tetapan MySound dalam aplikasi Sound+ bagi mengoptimumkan profil pendengaran. 

 

Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara dengan Teknologi 8 yang mempunyai algoritma yang dijana oleh cip tiga serangkai bagi membezakan suara dengan bunyi bising di sekeliling bagi menghasilkan bunyi yang lebih jelas.

 

fon

 

Perisian Jabra Xpress juga memudahkan penyeliaan dari segi kemas kini data dan penetapan kawalan jauh daripada komputer tanpa menjejaskan kualiti bunyi yang dihasilkan.

 

“Matlamat kami bagi setiap pembaharuan yang dibuat pada Siri Evolve adalah untuk membawa pengalaman audio yang terbaik buat pengguna bukan sekadar untuk menghasilkan produk baharu.

 

"Menerusi keselesaan penggunaan serta teknolgi terkini, Jabra Evolve2 75 memberikan pengasingan bunyi bagi pengalaman audio yang lebih baik secara keseluruhannya," kata Ketua Jualan Jabra Singapura dan Malaysia, Patrick Khor dalam satu kenyataan.

 

Produk terbaharu Jabra iaitu Evolve2 75 akan mula berada di pasaran hari ini menerusi pengedar Jabra yang sah dan ia didatangkan dalam dua warna iaitu hitam atau kuning air pada harga RM1,950 dan ia boleh didapati dengan tempat pengecas pada harga RM2,230.-DagangNews.com