Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bantu syarikat promosi kayu palet | DagangNews Skip to main content

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bantu syarikat promosi kayu palet

TheKayuPallet turut jadi tumpuan pada karnival jualan Aspirasi Keluarga Malaysia di Perlis dari 25 Mac hingga 27 Mac 2022.
Oleh Mohamad Iman

KANGAR 25 Mac - Pengeluar produk TheKayuPallet, syarikat Kayu Palet Sdn. Bhd. mengambil peluang sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis mengenengahkan produk berasaskan kayu palet itu yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan.

 

Produk berasas kayu pine palet oleh syarikat yang ditubuhkan pada 2015 di Sungai Petani, Kedah itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang mengunjungi program tersebut.

 

Salah seorang pekerjanya, Nur Adila Zainudin, 22, berkata, para pengunjung yang datang amat tertarik dengan rekaan unik produk berasaskan kayu palet yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat itu.

 

Katanya, antara produk yang paling mendapat perhatian pengunjung adalah rehal moden, rak bawang, rak ikan, rak hiasan meletakan model ‘Hot Wheels’ dan pelbagai lagi.

 

“Sambutan yang diterima sangai mengalakkan sejak pagi sehingga petang. Dengan adanya program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia membantu produk TheKayuPallet lebih dikenali dengan lebih meluas lagi.

 

“Sebelum ini, kami juga ada menyertai program ini di Pulau Pinang dan Insya-Allah akan terus menyertai di lokasi-lokasi lain kerana sambutan yang memberangsangkan,” katanya.


 

TheKayuPallet
Nur Adila Zainudin menyusun peragaan kayu palet yang dijual di Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis.

 

palet

 

 

Kata Nur Adila lagi, syarikat yang kini mempunyai 17 cawangan di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perak tersebut menjual produk bermula dari RM10 hingga RM250.

 

Bagaimanapun, katanya, syarikat tersebut juga menerima tempahan untuk produk-produk yang lain berasaskan kayu pine seperti sangkar kucing pada harga bermula RM1,500.

 

“Selain menjual produk berasaskan kayu palet pine, syarikat turut menjual kayu palet tersebut bukan sahaja di 17 cawangannya, tetapi juga di plaform Shopee, Lazada dan Facebook.

 

“TheKayuPallet adalah penjual kayu pine pertama di platform tersebut dan kini adalah peneraju dalam jualan produk ini.


 

palet

 


“Alhamdulilah ramai telah mengenali kami melalui program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini,” katanya.

 

Tambahnya lagi, syarikat tersebut boleh mencapai jualan sekitar RM20,000 hingga RM30,000 setiap bulan.

 

Dalam pada itu, ramai usahawan menzahirkan rasa teruja dan gembira dapat mempromosikan barangan mereka di dalam program tersebut selain membantu menambah pendapatan selepas teruk terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) sebelum ini. - DagangNews.com