KUALA LUMPUR 13 Julai - Kenanga Investors Berhad muncul sebagai pemegang antara saham utama Citaglobal Berhad selepas mengambil alih 5.51% saham kumpulan itu.
Kumpulan itu berkata, Kenanga Investors memperoleh pegangan yang terdiri daripada 23 juta saham pada Selasa, lalu.
"Pengurus pelaburan Kenanga Islamic Absolute Return Fund memperoleh saham itu sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan," kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Citaglobal sebelum ini memaklumkan bahawa pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Ikhlas Kamarudin bukan lagi pemegang saham utama syarikat itu selepas Citaglobal Energy Resources Sdn. Bhd. (CERSB) menurunkan 23 juta saham pada harga RM29.9 juta melalui urus niaga perniagaan langsung .
Selepas pelupusan, Ikhlas ditinggalkan dengan 2.89% pegangan tidak langsung atau 12.06 juta saham dalam Citaglobal melalui CERSB.
Selain Kenanga, pemegang saham utama Citaglobal yang lain ialah Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dengan 33.9% kepentingan, serta Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan 7.97% kepentingan.
Ikhlas, bersama Mohamad Norza, adalah antara orang yang bertindak secara konsert untuk melanjutkan pengambilalihan mandatori Citaglobal pada 2022. - DagangNews.com