Kerajaan lanjutkan pendaftaran Program Jaringan Prihatin sehingga 31 Ogos ini | DagangNews Skip to main content

Kerajaan lanjutkan pendaftaran Program Jaringan Prihatin sehingga 31 Ogos ini

PUTRAJAYA 1 Julai - Kerajaan mengumumkan perlanjutan pendaftaran Program Jaringan Prihatin dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

"Selaras dengan pengumuman PKP 3.0 Fasa 1 dan juga tempoh rayuan bagi permohonan BPR, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan untuk Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan selama satu bulan, iaitu sehingga 31 Ogos 2021.

 

"Tempoh perlaksanaan program juga akan dipanjangkan, sehingga 31 Ogos 2022. Perlanjutan ini akan
membolehkan pemohon BPR yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin.

 

"Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambah baik di bawah pakej PEMERKASA, di mana semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui dua belas (12) syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.

 

Program bernilai RM3.5 bilion ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei 2021.

 

Setakat 22 Jun 2021, pendaftaran bagi program ini telah mencecah 2.8 juta dan lebih daripada 500 ribu penerima telah menerima peranti mudah alih baharu. Secara keseluruhan, hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program Jaringan Prihatin untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan PDPR bagi isi rumah yang mempunya anak bersekolah.



Tempoh perlaksanaan program dan tarikh akhir akan dilanjutkan adalah seperti berikut;

MoF



Sila layari: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin. untuk maklumat lanjut dan soalan lazim. - DagangNews.com