Lenovo utamakan keselamatan pelanggan melalui daya tahan siber berasaskan AI | DagangNews Skip to main content

Lenovo utamakan keselamatan pelanggan melalui daya tahan siber berasaskan AI

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Julai - Lenovo melancarkan perkhidmatan daya tahan siber (Cyber Resiliency as a service) atau CRaaS yang berasaskan kecerdasan buatan (AI).

 

Lenovo CRaaS adalah perkhidmatan terkini dalam komitmen Lenovo untuk melindungi data peribadi pelanggan.

 

Antara manfaat perkhidmatan itu termasuk perlindungan keselamatan siber menyeluruh, teknologi keselamatan siber yang bersepadu dan pengamalan kawalan yang kritikal.

 

Perkhidmatan itu memanfaatkan peranti telemetri Lenovo dan portfolio perisian keselamatan Microsoft termasuk Microsoft Copilot for Security dan Defender for Endpoint.

 

Dengan kecanggihan AI, Lenovo CRaaS dapat menawarkan perlindungan siber yang lebih luas kepada pelanggan di dalam setor perniagaan.

 

Oleh itu, perkhidmatan komprehensif itu membantu pemimpin perniaga untuk beroperasi dengan lebih selamat di seluruh peranti, pengguna, aplikasi, data, rangkaian, dan perkhidmatan awan.

 

Selain itu,Lenovo CRaaS dapat membantu kesinambungan perniagaan ketika menghadapi serangan siber.

 

Aspek keselamatan tetap diutamakan oleh pemimpin perniagaan kerana pelbagai trend pasaran dan teknologi seperti peralihan kepada kerja hibrid, peningkatan penggunaan AI, dan pertambahan data dan peranti.

 

Menurut kaji selidik tahunan ketiga dikendali oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) global Lenovo, 51% CIO mengatakan bahawa isu utama IT adalah keselamatan siber makanakala, majoritinya iaitu 65% CIO berpendapat bahawa isu data peribadi adalah masalah yang sukar diselesaikan.


 

Ketua Pegawai Keselamatan, Kumpulan Penyelesaian dan Perkhidmatan Lenovo, Marc Wheelhouse yakin akan perkhidmatan itu untuk merapatkan jurang masalah keselamatan.

 

“Kecanggihan AI memberikan keberkesanan dalam menyemak semua log, menangani semua amaran, dan membantu menghapuskan titik buta, memperkasakan pengguna untuk mengenal pasti, mengasingkan, dan mengawal ancaman.

 

“Lenovo CRaaS adalah rumusan komprehensif kami untuk membantu organisasi menangani serangan siber yang canggih dan kerap, sambil juga menangani cabaran keselamatan siber lain seperti pematuhan peraturan dan kekangan bajet.” - DagangNews.com