Malaysia-United Kingdom komited teroka peluang dalam industri pertahanan | DagangNews Skip to main content

Malaysia-United Kingdom komited teroka peluang dalam industri pertahanan

Mohamad mendengar penerangan tentang salah satu produk pertahanan yang dipamerkan pada DSEI 2023.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 13 Sept - Malaysia melahirkan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan dengan United Kingdom khususnya dalam pembangunan industri dan teknologi.

 

Perkara itu diterjemahkan menerusi penyertaan negara pada pameran pertahanan Defence and Security Equipment International (DSEI 2023).

 

Delegasi Malaysia diketuai Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan.

 

Turut mengiringi ialah Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

 

Delegasi
Menteri Pertahanan mengetuai delegasi Malaysia yang hadir pada DSEI 2023 di London.

 

Peluang hadir pada DSEI 2023 berlangsung selama empat hari di ExCel London ini digunakan bagi membincangkan halatuju pemerkasaan pertahanan.

 

Penyertaan Malaysia pada DSEI 2023 adalah bagi menzahirkan komitmen berterusan Malaysia untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua negara.

 

Pada masa sama, Menteri Pertahanan dan delegasi telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain utama industri pertahanan antarabangsa.

 

Ini bagi mendapatkan perkembangan terkini pembangunan industri pertahanan serta penggunaan peralatan dan sistem teknologi pertahanan terkini.

 

Aset

 

Aset

 

Mohamad juga meneroka peluang jalinan kerjasama dengan United Kingdom dan negara-negara strategik dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.

 

Ini selaras dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan. - DagangNews.com