Maybank IB positif terhadap prospek jangka pendek Westports | DagangNews Skip to main content

Maybank IB positif terhadap prospek jangka pendek Westports

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) berpandangan positif terhadap prospek jangka pendek Westports Holdings Berhad selepas kumpulan itu dilihat tidak terkesan dengan pasaran kotena global yang lemah.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu menyemak semula panduan pertumbuhan jumlah kontena 2023 didorong oleh gerbang kargo yang kukuh dan pemulihan bahagian pasaran.

 

Maybank IB mengunjurkan jumlah kontena kumpulan itu berkembang sebanyak 6% pada 2023 (2022: -3%), berbanding unjuran pertumbuhan dalaman yang disemak semula.

 

“Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan kekal sebagai halangan utama.

 

"Walaupun kami menjangkakan kekuatan jumlah kemasukan untuk menyokong pertumbuhan kontena jangka pendek Westports, kami tetap berhati-hati berikutan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.

 

"Risiko lain termasuk peningkatan kos dan untuk kumpulan itu khususnya, perjanjian konsesi yang tidak menguntungkan untuk Westports 2.0," katanya.

 

Maybank IB berkata, kenaikan positif adalah jumlah pintu masuk yang lebih kukuh dan penamatan lebih awal kepada pengurangan stok.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM3.68 berdasarkan aliran tunainya selain kos purata wajaran modal. - DagangNews.com