Maybank IB unjur penguncupan margin faedah bersih CIMB Group kembali pulih pada separuh kedua 2023 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB unjur penguncupan margin faedah bersih CIMB Group kembali pulih pada separuh kedua 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Julai - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan margin faedah bersih (NIM) CIMB Group Holdings Berhad terus menguncup pada suku kedua tahun ini tetapi dijangka pulih kembali pada separuh kedua 2023.

 

Firma itu berkata, tekanan itu akan berlaku tetapi pada kadar yang kecil namun tetapi memberi kesan pada suku tersebut.

 

Katanya, menjelang separuh kedua tahun ini, tekanan NIM mungkin berterusan di Singapura tetapi kumpulan itu menjangkakan untuk melihat peningkatan di seluruh pasaran utamanya yang lain.

 

"Kami yakin NIM kumpulan itu akan menjadi lebih baik pada separuh kedua 2023 berbanding separuh tahun pertama," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, momentum pertumbuhan pinjaman kelihatan menggalakkan, kerana kumpulan menyasarkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 5% hingga 6% untuk FY23.

 

Katanya, pendapatan bukan faedah kumpulan (NOII) adalah lebih kukuh suku kedua tahun ini didorong oleh dagangan yang lebih tinggi dan pendapatan tukaran mata wang asing serta pendapatan lain.

 

Sementara itu, firma itu berkata, pinjaman terjejas masih meningkat pada peringkat ini dan berkemungkinan akan terus meningkat sepanjang tahun ini.

 

Bagaimanapun, tindanan lazim adalah lebih daripada mencukupi untuk menampan kenaikan itu.

 

"Kumpulan itu telah secara aktif menyusun strategi untuk mengurangkan saiz portfolio pinjaman terjejasnya, untuk meningkatkan perlindungan kerugian pinjaman keseluruhannya, yang berjumlah 99% pada akhir Mac 2023," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM6.15 sesaham. - DagangNews.com