MDRT Academy terus berkembang dengan penyertaan Sun Life Asia | DagangNews Skip to main content

MDRT Academy terus berkembang dengan penyertaan Sun Life Asia


KUALA LUMPUR 23 Jun – The MDRT Academy, persatuan baharu yang membantu golongan profesional dalam bidang kewangan untuk memacu kerjaya mereka, baru-baru ini mengalu-alukan lebih daripada 670 orang penasihat kewangan dari Sun Life Asia sebagai ahlinya.

 

Penyertaan penasihat kewangan Sun Life dari Hong Kong, Filipina, Indonesia, Vietnam, dan Malaysia ini akan meletakkan Sun Life sebagai syarikat anggota terbesar di MDRT Academy setakat ini.

 

Akademi ini akan menjadi tambahan kepada program latihan dan pembangunan Brighter Gen and Brighter Pro yang dilaksanakan oleh Sun Life, serta menyokong aspirasi Sun Life untuk menjadi peneraju pasaran dalam khidmat nasihat kewangan yang berkualiti.

 

Presiden Sun Life Asia, Leo Grepin berkata, matlamat Sun Life ialah untuk menjadikan penasihat kewangannya sebagai golongan yang paling dihormati dan dikenali dalam industri, atas dasar kualiti nasihat dan profesionalisme mereka. 

 

“MDRT Academy adalah satu tambahan yang bernilai kepada program-program pembangunan penasihat kewangan Brighter Academy, yang membina kemahiran dan keupayaan untuk membimbing para penasihat kewangan sepanjang kerjaya mereka, dari penasihat kewangan yang baru memulakan kerjaya, sehinggalah kepada MDRT, dan kemudiannya pengurus agensi.

 

"Dengan akses kepada latihan dan pengalaman yang terbaik, penasihat kewangan Sun Life boleh mencapai aspirasi kerjaya mereka dan menyediakan pengalaman yang terbaik kepada klien kami,” kata Leo.

 

MDRT Academy dilancarkan pada 2017 untuk membantu kumpulan profesional dalam perkhidmatan kewangan mencapai tahap perolehan yang lebih tinggi dan menyertai MDRT.

 

MDRT Academy ditubuhkan berasaskan pengalaman digital sepenuhnya, yang membolehkan ahli-ahlinya mengakses alat, sumber dan komuniti persatuan tersebut pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja melalui laman web intuitif dan app mudah alih.

 

MDRT

 

Presiden MDR, Ian Green berkata, MDR“ berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Sun Life dan yakin bahawa MDRT Academy akan membantu penasihat kewangan mereka untuk meningkatkan perolehan, memperbaiki kemahiran khidmat pelanggan mereka dan mempelajari amalan terbaik daripada ahli-ahli MDRT yang berpengalaman.

 

“Sumber terkini bagi membina kerjaya yang cemerlang dalam bidang perkhidmatan kewangan kini berada betul-betul di hujung jari mereka,” kata beliau.

 

MDRT Academy menampilkan penilaian yang membantu ahli-ahli untuk memahami dengan mendalam dan mengenal pasti kekuatan dan bidang pertumbuhan mereka dan menyesuaikan kandungannya mengikut keperluan dan minat ahli tersebut.

 

Ia juga menawarkan sumber-sumber bagi menentukan matlamat dan penjejak prestasi, siaran web bulanan yang menampilkan ahli-ahli MDRT, Panduan Prestasi, serta beratus-ratus rencana, video dan episod audio siar yang diluluskan oleh MDRT. Ahli-ahli MDRT Academy juga berpeluang menghadiri Mesyuarat Tahunan MDRT.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua bagi Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, usaha sama ini adalah amat penting dalam menyediakan latihan dan bimbingan yang signifikan bagi para penasihat kewangan syarikat di semua peringkat, seterusnya memberikan mereka sumber-sumber tambahan untuk menajamkan kemahiran baharu yang diperlukan untuk menyampaikan pengalaman klien yang terbaik. - DagangNews.com