KUALA LUMPUR 12 Sept - Niro Ceramic Group, salah satu pengeluar dan pengedar jubin terbesar di Malaysia, melancarkan bilik pameran baharu serta memperkenalkan siri produk jubin mampan di Shah Alam.
Kumpulan itu berkata, siri produk baharu itu menyerlahkan komitmennya bagi memacu inovasi dan kemampanan dalam industri jubin yang berkembang pesat.
Pengarah Urusan Kumpulan Niro Ceramic, Ian Kok berkata, dengan penekanan yang semakin meningkat terhadap bahan mampan, Kumplan memperkenalkan reka bentuk jubin yang memenuhi permintaan sambil memberikan keindahan dan kualiti tinggi.
Nico Ceramic turut menjelaskan tentang konsep skim warna hitam-putih bilik pameran meningkatkan rasa kehalusan, membimbing pengunjung ke arah titik fokusnya.
"Reka bentuk ini menunjukkan keutamaan corak lancar dan berterusan dalam industri jubin, satu trend yang mencerminkan keinginan pengguna untuk permukaan tanpa gangguan yang mewujudkan rasa aliran dan kelapangan," ulasnya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Niro Ceramic, David Tan, berkata bilik pameran itu mewakili komitmennya untuk menolak sempadan reka bentuk dan kemampanan.
Sebagai bukti tanggungjawab Kumpulan terhadap alam sekitar, Niro Ceramic telah mencapai pengisytiharan produk alam sekitar (EPD) yang disahkan bagi jubinnya.
Pensijilan pihak ketiga itu memberikan ketelusan mengenai kesan alam sekitar produk Kumpulan merentas keseluruhan kitaran hayat mereka.
Dinding ciri Alps yang dibina sepenuhnya daripada jubin sisa, seterusnya melambangkan dedikasi ini untuk mengurangkan sisa dan menggalakkan penggunaan semula bahan secara kreatif.
Sementara itu, pengalaman bilik pameran dipertingkatkan lagi oleh Creative Lab, cabang runcit Kumpulan Niro Ceramic di mana pelanggan boleh mengakses perkhidmatan perundingan dan visualisasi produk 3D segera.- DagangNews.com