Pasukan ternama bersaing di pertandingan e-Sports sempena Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia | DagangNews Skip to main content

Pasukan ternama bersaing di pertandingan e-Sports sempena Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 10 Dis - Beberapa pasukan ternama seperti Home Bois, Mad Esports, Team Haw dan Suhaz Esports akan bersaing dalam pelbagai acara e-Sports bersempena Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga 12 Disember ini.

 

Menerusi pertandingan itu juga mereka berpeluang bagi merebut hadiah wang tunai melebihi RM20,000. 

 

Pengurus projek e-Sports, Nurul Aina Nor Azmi, berkata, antara e-sukan yang akan dipertandingkan termasuk Mobile Legend: Bang Bang, FIFA dan Racing Simulator.

 

Katanya, sehingga hari ini seramai 60 peserta sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan berkenaan.

 

"Kejohanan itu hanya diadakan untuk waga tempatan dan tidak melibatkan peserta luar kerana kami mahu memberi fokus kepada pencarian bakat baharu untuk masa hadapan.

 

"Kami juga mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap e-Sports kerana ada yang berpendapat ia tidak mampu berkembang seperti sukan-sukan lain.

 

esports

 

"Mungkin mereka mempunyai potensi besar untuk diketengahkan bagi mewakili negara pada masa hadapan," katanya.

 

Beliau berkata, program itu juga boleh dijadikan medan bertukar-tukar pandangan serta berkongsi ilmu serta maklumat dalam kalangan pemain. 

 

"Pertandingan sebegini merupakan platform terbaik untuk belajar dan mencari pengetahuan baharu.

 

esport

 

"Malah mereka yang berbakat juga boleh menjadikan ia sebagai satu kerjaya dengan memperolehi pendapatan tetap," katanya.- DagangNews.com