KUALA LUMPUR 20 Julai - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan berita yang tular berkaitan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
PMO dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut hanyalah satu berita palsu yang mula tular di media sosial.
“PMO menafikan pemakluman bahawa Perdana Menteri akan menyampaikan Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada hari Isnin (hari ini),” jelas kenyataan itu.
Semalam, berita tersebut tular di media sosial yang memaklumkan Perdana Menteri akan menyampaikan perutusan khas itu pada 20 Julai 2020, pukul 3.00 petang di saluran TV3, NTV7, 8TV dan TV9. - DagangNews.com