PPB umum persaraan pengerusi Tan Sri Oh Siew Nam | DagangNews Skip to main content

PPB umum persaraan pengerusi Tan Sri Oh Siew Nam

Tan Sri Oh Siew Nam

KUALA LUMPUR 18 Mei - PPB Group Bhd mengumumkan persaraan pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutifnya, Tan Sri Oh Siew Nam, berkuat kuasa pada 17 Mei 2023.

 

Menurut makluman kumpulan di Bursa Malaysia, Oh, 84, menganggotai lembaga pengarah syarikat sebagai pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif sejak Mac 2016.

 

Beliau berkhidmat dengan kumpulan itu sebagai pengerusi bukan bebas dan eksekutif dari 2004 hingga 2016, dan pengarah urusan (MD) dari 1993 hingga 1999.

 

Menurut laman web PPB, sebelum menyertai kumpulan, Oh, yang memiliki ijazah kejuruteraan elektrik dari University of Canterbury di New Zealand, merupakan penolong pengawal Telekom Malaysia selama lima tahun sebelum menyertai FFM Bhd pada 1968. 

 

"Beliau adalah MD FFM dari 1982 hingga 2002 dan pengerusi eksekutif dari 2002 hingga 2006.

 

“Beliau juga merupakan pengerusi PPB Oil Palm Bhd dari 2004 hingga 2007, ahli lembaga pengarah Bank Negara Malaysia dari 1989 hingga 2015, dan pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Terbitan Modal dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara II," katanya.

 

PPB berkata, kumpulan telah melantik semula Datuk Ahmad Sufian @ Qurnain Abdul Rashid, 73, kepada pengarah bukan bebas dan eksekutif daripada jawatan sebelumnya sebagai pengarah bebas. - DagangNews.com