PRU15: Wee Ka Siong, Onn Hafiz dan Hasni sokong Ismail Sabri sebagai PM ke-10 | DagangNews Skip to main content

PRU15: Wee Ka Siong, Onn Hafiz dan Hasni sokong Ismail Sabri sebagai PM ke-10

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria, Johor pada 9 November 2022.

AYER HITAM 9 Nov - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 sekiranya BN mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

Tiga pemimpin tersebut menyatakan sokongan itu ketika Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria di sini hari ini.

 

Wee berkata, MCA tidak mengubah pendirian untuk terus memberi sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

 

“Sebelum ini, apabila Majlis Tertinggi UMNO mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, MCA sokong cadangan itu.

 

“Datuk Seri Ismail Sabri bukan hanya menjadi Perdana Menteri yang ke-9 malah, beliau akan terus diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10 nanti," katanya.

 

 

pm
                                                                    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

 

pm

 

 

Sementara itu, Onn Hafiz menyifatkan Ismail Sabri telah banyak berjasa kepada Johor dengan banyak peruntukan yang disalurkan sepanjang mentadbir negara.

 

Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memaklumkan seluruh kepimpinan UMNO Bahagian negeri itu menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-10. - DagangNews.com