Ranhill diunjur catat pendapatan memberangsangkan bagi FY23 didorong kenaikan tarif air, peningkatan sumbangan anak syarikat - penganalisis | DagangNews Skip to main content

Ranhill diunjur catat pendapatan memberangsangkan bagi FY23 didorong kenaikan tarif air, peningkatan sumbangan anak syarikat - penganalisis

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Ranhill Utilities Berhad dijangka mencatatkan pendapatan memberangsangkan bagi FY23 didorong pengiktirafan setahun penuh bagi kenaikan tarif air selain peningkatan sumbangan daripada Ranhill Worley.

 

Firma penyelidikan itu berkata, memandangkan Johor menjadi pusat tumpuan baharu pusat data, permintaan terhadap air sebagai medium penyejuk berkemungkinan membawa kepada pertumbuhan pendapatan yang teguh.

 

"Kami juga percaya kumpulan itu adalah pendahulu untuk memenangi tender projek Djuanda "Sumber-untuk-Tap" di Indonesia, memandangkan pengalamannya yang luas dalam bidang tersebut.

 

"Menurut pengurusan, konsortium yang diketuai Ranhill sudah menyerahkan kajian kebolehlaksanaan kepada pihak berkuasa dan kini sedang menunggu penerimaan kajian dan panggilan untuk pelaksanaan tender," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Talian Transmisi Timur-Barat Sabah dijangka siap pada 2023, membolehkan sehingga 400MW tenaga elektrik tambahan dihantar dari Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur.

 

BACA JUGA: Ranhill catat hasil sebanyak RM593.7 juta, pertumbuhan 29.5% pada Q2FY23

 

Katanya, LSS4@Mentari kumpulan telah mencapai 62% kemajuan pelaksanaan projek setakat 30 Jun 2023, pada sasaran untuk mencapai tarikh operasi komersial yang dijadualkan pada 31 Disember 2023.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran 67 sen sesaham.

 

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, segmen alam sekitar menyaksikan untung bersih yang tinggi dengan hasil yang lebih baik selain kos kekal dinaikkan secara amnya.

 

"Segmen tenaga mencatatkan untung bersih yang lebih rendah secara berurutan daripada asas suku pertama  2023 yang tinggi disebabkan sumbangan RP2 yang lebih rendah. 

 

"Segmen Perkhidmatan sekali lagi menyaksikan untung bersih yang lebih tinggi secara berturutan di belakang pengebilan projek yang lebih tinggi di Ranhill Worley," katanya.

 

Maybank IB mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) 60 sen sesaham. - DagangNews.com