KUALA LUMPUR 18 Julai - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka melonjak dalam tempoh terdekat sebagai reaksi terhadap langkah Rusia menggantung koridor penghantaran bijirin utama Ukraine ke pasaran global, beberapa jam sebelum perjanjian itu tamat.
RHB Investment menjangkakan tindak balas positif mendadak terhadap harga minyak bijirin dan minyak sayuran global akibat pembatalan koridor bijirin Rusia-Ukraine
"Kami mengekalkan unjuran harga purata RM3,900 setiap tan buat masa ini, tetapi sedang mengkaji semula unjuran harga untuk 2024," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, Rusia masih boleh mengubah pendiriannya seperti yang berlaku pada Oktober 2022; terutamanya selepas Rusia kalah dengan pembatalan perjanjian itu.
"Bagaimanapun, kami menekankan bahawa sebarang kekurangan bekalan hanya akan bermula menjelang September, manakala Ukraine telah kurang bergantung pada koridor sejak akhir-akhir ini untuk menghantar produknya," katanya.
RHB Research berkata, isu perjanjian bijirin perlu diselesaikan sebelum sebarang kerosakan sebenar berlaku pada keseluruhan bekalan minyak bijirin dan minyak sayuran, kerana kitaran tanaman seterusnya untuk penuaian di Rusia dan Ukraine hanya bermula pada September.
Katanya, minyak bijirin dan minyak sayuran lain juga akan meningkat apabila biji bunga matahari dari Rusia dan Ukraine membentuk 45% daripada pengeluaran biji matahari global.
Katanya, pembeli telah menyimpan stok minyak bunga matahari dalam beberapa minggu kebelakangan ini memandangkan kemungkinan ini, jadi tahap stok di negara pengimport adalah tinggi.
"Kami menyerlahkan bahawa hasil kenaikan harga sebelum ini selepas pengumuman perang Rusia-Ukraine adalah penimbunan inventori yang mengakibatkan permintaan lemah selama beberapa bulan apabila pengimport mengurangkan paras stok tinggi mereka," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor itu dan Kuala Lumpur Kepong Berhad (beli, TP: RM26.10), IOI Corpotation Berhad (beli, TP: RM4.35) dan Wilmar International Limited (beli, TP:S$4.40) sebagai pilihan utama. - DagangNews.com