KUALA LUMPUR 13 Sept - Sedania Innovator Berhad melalui anak syarikat penuh miliknya, Sedania As Salam Capital Sdn Bhd melancarkan JomHibah, platform hibah digital pertama di Malaysia.
Platform ini menyasar bagi memudahkan dan memperluaskan akses kepada instrumen pengurusan pusaka Islam.
Menurut Sedania, penggunaan hibah yang semakin meluas menjadikannya rumusan yang efektif dalam menangani isu mendesak berkenaan aset legasi terbeku umat Islam di Malaysia.
“Penggunaan hibah telah mencecah anggaran RM70 bilion pada tahun 2020 didorong oleh pertikaian keluarga yang berpanjangan, proses perundangan yang lama dan rumit, serta melibatkan kos yang tinggi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Penyedia rumusan perbankan digital itu berkata, laman sesawang JomHibah membolehkan individu merancang pengagihan harta secara strategik pada peringkat awal, terutamanya hartanah.
“Platform dalam talian ini menawarkan proses onboarding yang dipermudahkan melalui ciri hibah akad secara digital, berbanding cara tradisional yang memerlukan penandatangan dokumen secara fizikal di hadapan saksi,” jelasnya.
JomHibah merupakan hasil kerjasama Sedania dengan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) bagi mencapai audiens sasaran yang lebih luas dan tidak terhad oleh halangan geografi.
Selain itu, perkongsian itu juga mengintegrasikan hibah dalam perancangan harta pusaka melalui Pembiayaan Peribadi-i HLISB.
Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital, Nisa Ismail menjelaskan peningkatan aset keluarga terbeku di Malaysia yang sangat membimbangkan, terutamanya bagi keluarga yang bergantung kepada aset ini selepas kehilangan ahli keluarga.
“Dengan hibah yang kini semakin menjadi pilihan yang tepat dalam pengurusan harta milik umat Islam, institusi kewangan (FSIs) memainkan peranan penting dalam menjadikannya sebagai satu keutamaan dikalangan masyarakat Islam.
“Melalui JomHibah, FSIs boleh akan menawarkan rumusan yang komprehensif dalam perancangan pusaka, selaras dengan keperluan keluarga moden hari ini.
“Kerjasama kami dengan HLISB adalah akan membuktikan bagaimana FSIs bagi memacu perubahan yang penting ini,” katanya.
Sementara itu, Sedania kekal komited dalam meningkatkan kesedaran komuniti dan menjadikan perancangan harta awal sebagai topik penting dalam perancangan kewangan keluarga.- DagangNews.com