SEMICON Asia Tenggara 2025 kembali ke Singapura, seramai 18,000 delegasi dijangka hadir | DagangNews Skip to main content

SEMICON Asia Tenggara 2025 kembali ke Singapura, seramai 18,000 delegasi dijangka hadir

Oleh Syaza Norazharuddin

KUALA LUMPUR 30 Julai - Acara rantaian bekalan dan pembuatan elektronik global terbesar SEMICON Asia Tenggara 2025 akan kembali ke Singapura bersempena ulang tahun ke-30, kata Semiconductor Equipment & Materials International (SEMI).

 

Acara itu akan berlangsung di Sands Expo & Convention Centre dari 20 hingga 22 Mei 2025. 

 

SEMI menjangkakan seramai 18,000 delegasi hadir ke acara itu menjadikannya platform utama peneraju industri, inovator dan pembuat keputusan untuk berhubung, bekerjasama dan memacu inovasi. 

 

SEMICON Asia Tenggara 2025 yang bertemakan ‘Stronger Together,’ akan memberi gambaran tentang perkembangan industri, trend dan inovasi terkini, serta bidang kritikal termasuk kemampanan, kecerdasan buatan (AI), teknologi ciplet dan pembangunan tenaga kerja. 

 

Sejak 2015, SEMICON Asia Tenggara telah diadakan di Malaysia, menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan industri semikonduktor serantau. 

 

Acara itu juga menekankan peranan Singapura yang penting dalam ekosistem semikonduktor global, terutamanya persekitaran perniagaan dinamik, lokasi strategik dan infrastruktur yang teguh.

 

Presiden SEMI Asia Tenggara, Linda Tan berkata ekosistem semikonduktor dinamik Singapura, didorong dengan sokongan inovasi dan teknologi, menyediakan platform yang ideal bagi peneraju industri, inovator dan pembuat keputusan untuk berkumpul, bertukar idea dan memacu masa depan teknologi semikonduktor.

 

kok
Presiden SEMI Asia Tenggara, Linda Tan

 

Selain itu, Naib Presiden Eksekutif, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, Cindy Koh menegaskan perkembangan pesat industri semikonduktor di Singapura. 

 

“Ia merupakan tonggak utama ekonomi kita, menghasilkan lebih 8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan memberi perjaan kepada 35,000 pekerja. 

 

“Kami menantikan kejayaan SEMICON Asia Tenggara 2025 untuk memajukan perkongsian perniagaan baharu dan mengukuhkan hubungan industri dari Singapura,” katanya. 

 

Timbalan Ketua Eksekutif, Lembaga Pelancongan Singapura, Yap Chin Siang menekankan peranan Singapura  sebagai pusat perniagaan Global. 

 

“Singapura merupakan perantara untuk organisasi di seluruh dunia yang sedang mencari akses kepada rantau Asia-Pasifik yang dinamik dan berkembang pesat. 

 

“Penganjuran SEMICON Southeast Asia 2025 menyediakan platform untuk Singapura menonjol sebagai hab yang selamat, stabil dan berkembang maju untuk perniagaan dan inovasi, memupuk pertukaran idea, perspektif dan pengetahuan secara terbuka,” ulasnya.- DagangNews.com