KUALA LUMPUR 16 Julai - Siab Holdings Bhd melantik Pengasas dan Pengarah Urusan Taghill Projects Sdn Bhd, Wong Yih Ming dan Timbalan Pengarah Urusan Taghill, Vincent Chu Yee Hong sebagai Pengarah Eksekutif baharu syarikat masing-masing berkuat kuasa pada 2 Julai dan 15 Julai.
Dalam kenyataan media, Siab berkata Wong, Vincent dan Yap Kek Siung membawa pengalaman luas dan rekod pencapaian kukuh dalam industri pembinaan Malaysia.
Mereka menyelia dan menguruskan Taghill dan Bimtech Solutions Sdn Bhd , anak syarikat milik 60% Taghill di mana Skyline Kuala Lumpur, The Cove Melaka dan D’Velada Bukit Jali merupakan projek pembinaan terkenal.
Sebagai pakar dalam teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam industri pembinaan, Bimtech mewakili syarikat digital dalam membina fasiliti berfungsi sebagai sumber pengetahuan bersama, sebuah perkongsian maklumat kemudahan serta membentuk asas dipercayai dalam membuat keputusan semasa kitaran hayatnya dari permulaan dan seterusnya.
.
Sementara itu, penglibatan Bimtech dalam projek-projek terkenal seperti Avenue K Kyliez, Noordin Suite di Pulau Pinang dan Kingwoodz @ Bukit Jalil oleh EXSIM, Cove Melaka oleh KEB Group, dan 88 Avenue @ Kota Kinabalu oleh Mega City Development, menunjukkan kemampuannya dalam menyediakan penyelesaian pembinaan berkualiti tinggi dan canggih dari segi teknologi.
Pengarah Urusan Kumpulan Siab, Ng Wai Hoe berkata pengalaman luas dan kepimpinan Pengarah Eksekutif dalam industri pembinaan merupakan aset berharga kepada Siab bagi memulakan fasa seterusnya dalam perjalanan pertumbuhan syarikat itu.
Beliau juga berkata rekod pencapaian syarikat tersebut membuktikan kepakaran Taghill dan Bimtech dalam pengurusan projek berskala besar, membawapandangan strategik syarikat itu akan mengukuhkan pasukan kepimpinan Siab.
“Dengan penyertaan Taghill dan Bimtech, kami komited untuk mencapai kecemerlangan, memperluas jangkauan pasaran kami dan menerokai peluang-peluang baharu untuk pertumbuhan jangka panjang.
“Dengan kepakaran mereka dan usaha gabungan kami, saya yakin bahawa Siab akan mencapai pencapaian yang luar biasa dan terus mencipta nilai yang besar untuk para pemegang saham kami. Kami bersedia untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat dalam sektor pembinaan dan menyumbang dengan bermakna kepada pembangunan infrastruktur Malaysia,” tambahnya.
Wong, Pengarah Eksekutif Siab, menyatakan integrasi kepakaran Taghill dengan platform kukuh Siab bakal menciptakan peluang unik untuk memacu pertumbuhan yang ketara.
“Saya teruja untuk bekerja rapat dengan Ng dan seluruh pasukan Siab untuk memanfaatkan kekuatan gabungan kami untuk meningkatkan penyampaian projek kami dan memperluaskan kehadiran pasaran kami dalam jangka panjang.” ulasnya.
Sementara itu, Vincent dan Yap menyatakan jalinan kerjasama bersama Lembaga Pengarah Syarikat, akan membantu Taghill dan Bimtech berkembang bersama mencapai ketinggian baharu.
“Dengan kepakaran Bimtech dalam teknologi BIM, kami dapat menawarkan penyelesaian inovatif dan efisien kepada pelanggan kami, memastikan kejayaan projek dan kepuasan pelanggan. Penglibatan kami dalam projek-projek berprestij menunjukkan kemampuan dan komitmen kami terhadap kecemerlangan sebagai satu kumpulan. Kami tidak sabar untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan Siab dalam industri pembinaan.” tambah kedua-duanya.
Belanjawan Malaysia 2024 yang baru-baru ini telah mengukuhkan lagi prospek pertumbuhan Siab, dengan peruntukan sebanyak RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi merentasi pelbagai sektor.- DagangNews.com