3,171 unit kemudahan pengecas EV awam dipasang di seluruh negara sehingga 30 September 2024 - MITI | DagangNews Skip to main content

3,171 unit kemudahan pengecas EV awam dipasang di seluruh negara sehingga 30 September 2024 - MITI

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Okt - Sejumlah 3,171 unit pengecas kenderaan elektrik (EV) awam telah dipasang di seluruh negara sehingga 30 September 2024.

 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sejumlah 813 unit yang dipasang adalah jenis DC (arus terus) manakala baki 2,358 unit adalah jenis AC (arus ulang-alik). 

 

Beliau berkata, Dengan nisbah jumlah kemudahan pengecas EV sedia ada kepada jumlah BEV iaitu 1 kepada 9, jumlah pengecas awam ini adalah mencukupi untuk menampung kegunaan kira-kira 31,000 unit Battery Electric Vehicle (BEV) bagi kenderaan penumpang yang telah berdaftar sehingga kini.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7428888298627648776.jpg?itok=Dqqqyb-J","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7428888298627648776?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Tengku Zafrul berkata, kerajaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) mengekalkan sasaran asal pemasangan 10,000 unit kemudahan pengecas kenderaan lektrik (EV) awam pada akhir 2025.

 

Katanya, pemasangan pengecas EV jenis DC (Direct Current) ditingkatkan daripada 1,000 unit kepada 1,500 unit, manakala sasaran kemudahan pengecas EV jenis AC (Alternating Current) adalah sebanyak 8,500 unit. 

 

"Dari aspek perancangan, kerajaan telah meletakkan sasaran bilangan jumlah pengecas awam menjelang tahun 2025 meliputi di semua negeri termasuk lokasi yang strategik, sama ada berdasarkan permintaan (demand based) ataupun akses (access based).

 

"Hakikatnya, kos pembinaan atau pemasangan sesebuah pengecas awam adalah tinggi, terutamanya untuk pengecas jenis DC atau pengecas pantas (fast charger). 

 

"Oleh itu, pengusaha stesen pengecas menghadapi kesukaran untuk membangunkan pengecas awam di kawasan yang mempunyai permintaan rendah seperti di kawasan pedalaman dan luar bandar," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) semasa sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

 

Tengku Zafrul berkata, bagi membantu menyelesaikan isu penebaran bilangan pengecas awam yang tidak sekata di antara kawasan bandar dan luar bandar, kerajaan telah melaksanakan sesi libat urus bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertujuan untuk memberi penerangan tentang potensi pasaran EV dan keperluan sokongan infrastruktur pengecas awam. 

 

Beliau berkata, PBT diminta merujuk Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB) yang telah diterbitkan oleh PLAN Malaysia sebagai panduan dan memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan pemasangan pengecas awam di kawasan masing-masing. 

 

"MITI telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, rangkaian pasar raya besar, Persatuan Pengurusan Kompleks Membeli Belah serta Persatuan Hotel dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia bagi menggalakkan premis-premis berkaitan disokong oleh perkhidmatan pengecas awam EV untuk keperluan para pelanggan," katanya. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/ta8SCySDegY.jpg?itok=b8STJz1r","video_url":"https://youtu.be/ta8SCySDegY","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}