KUALA LUMPUR 8 Okt - Bajet 2025 yang bakal dibentangkan di Parlimen minggu depan, memberi peluang baik kepada kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pusat Penyelidikan Sosioekonomi Malaysia (SERC), yang telah lama menyokong pengenalan semula GST berkata, cadangan mereka untuk memperkenalkan semula GST itu mengambil kira keadaan ekonomi negara stabil, dengan prospek menaik bagi 2025 dan tiada kebimbangan politik yang ketara.
SERC juga berkata, hasil cukai negara hanya berjumlah 12.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, antara yang terendah dalam kalangan rakan setara ASEAN.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7423334455210708242.jpg?itok=VnsdUf3C","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7423334455210708242?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Pengarah Eksekutif SERC, Lee Heng Guie berkata, kerajaan perlu meluaskan asas cukai, dan cukai penggunaan adalah lebih sesuai.
Malaysia pertama kali melaksanakan GST pada 2015, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan kadar 6%. Ia kemudiannya dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018.
Sebagai ganti GST, cukai jualan dan perkhidmatan telah diperkenalkan semula, iaitu cukai satu peringkat pada kadar 6% yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di peringkat penyedia. Cukai perkhidmatan kemudiannya dinaikkan kepada 8%, kecuali bagi perniagaan dalam sektor makanan, minuman dan telekomunikasi yang kekal pada 6%.
Heng Guie mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar 4% dan mempertimbangkan untuk mengecualikan lebih banyak item penting untuk menangani kebimbangan mengenai cukai, yang boleh menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah secara tidak seimbang.
Kerajaan juga mungkin mengikuti contoh Singapura dengan menyediakan pemberian wang tunai tambahan.
Belau bagaimanapun, tidak optimistik tentang kerajaan memperkenalkan semula GST jika mereka merancang untuk menarik balik subsidi bahan api yang diberikan.
Kerajaan membelanjakan RM81 bilion dalam subsidi tahun lepas, dengan sebahagian besarnya digunakan untuk bahan api, termasuk memberi subsidi RON95 untuk mengekalkan harga pam pada RM2.05 seliter.
Sebahagian daripada rasionalisasi subsidi yang diumumkan di bawah Bajet 2024, iaitu potensi pemansuhan subsidi RON95 telah menarik perhatian penting, terutamanya selepas pemansuhan subsidi diesel menyeluruh pada Jun.
Heng Guie juga berkata, menurut ucapan Perdana Menteri baru-baru ini, di mana beliau menekankan mengekalkan kos sara hidup terkawal, adalah sukar untuk mengharapkan kerajaan memperkenalkan kedua-dua GST dan perubahan kepada subsidi RON95 secara serentak.
“Namun, sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengapungkan harga RON95, saya percaya ia boleh membantu mengimbangi perbelanjaan mengurus berkaitan kenaikan gaji penjawat awam, yang akan berkuat kuasa pada akhir tahun ini dan dijangka menelan belanja kerajaan lebih RM10 bilion.
"Walaupun GST adalah pilihan yang lebih baik untuk mengekalkan hasil jangka panjang, jika kerajaan memilih untuk merasionalkan subsidi RON 95, walaupun dengan berperingkat-peringkat, mereka masih boleh mengimbangi perbelanjaan untuk kenaikan gaji kakitangan awam," katanya.
Lee juga mencadangkan kerajaan untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya memandangkan pelarasan gaji minimum yang akan datang.
“Kerajaan perlu mempertimbangkan bahawa kenaikan gaji tidak boleh terlalu tinggi untuk mengelak membebankan PKS. Pada masa ini, gaji minimum nasional untuk pekerja sektor swasta ialah RM1,500 sebulan atau RM7.21 sejam.
Beliau juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan semula untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang berbeza mengikut wilayah, dengan mengambil kira negeri kurang membangun dan bukannya menggunakan kadar menyeluruh di seluruh negara.
Sementara itu, Lee berharap kerajaan akan menaikkan ambang untuk PKS menikmati kadar cukai keutamaan sebanyak 15%, meningkatkannya daripada RM150,000 kepada RM500,000. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/xzVlMy9YGZI.jpg?itok=vRUNBhS_","video_url":"https://youtu.be/xzVlMy9YGZI","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}