KUALA LUMPUR 28 Okt - Cadangan kenaikan gaji minimum yang diumumka menerusi Belanjawan 2025 hanya akan memberi kesan kecil kepada ViTrox Corp Bhd.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, kumpulan itu memiliki nisbah pekerja mahir tempatan yang tinggi, melebihi 95% dan pada gaji yang kompetitif.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menjangkakan prospek industri kekal mencabar untuk kumpulan dalam masa terdekat.
"Permintaan yang lemah dengan peningkatan dalam perbelanjaan R&D untuk mengekalkan kedudukan selaku peneraju pasaran berkemungkinan terus memberi tekanan kepada margin sehingga separuh pertama 2025.
"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjadi cabaran untuk kumpulan itu mengekalkan daya aing," katanya daladm satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, walaupun ringgit semakin mengukuh, pendapatan kumpulan hanya menguncup 2% dari tahun ke tahun kepada RM146.7 juta dengan hasil kasar sedikit melebihi julat panduan suku tahunan antara RM125 juta hingga RM43 juta.
Katanya, segmen papan pemeriksaan automatik (ABI) terus menunjukkan kelemahan walaupun diimbangi peningkatan dalam segmen sistem penglihatan mesin (MVS).
"Prestasi rendah ABI berkemungkinan ditambah dengan kelewatan penghantaran dan peningkatan kos pengangkutan masing-masing daripada krisis Laut Merah dan serangan pelabuhan AS," katanya.
Maybank IB mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) RM3.40 sesaham.- DagangNews.com