KUALA LUMPUR 29 Okt - Capital Dynamics Bhd berpendapat kerajaan seharusnya menghentikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang bernilai berbilion ringgit dan memberi tumpuan kepada rangkaian domestik.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics dan wakil icapital.biz Bhd, Tan Teng Boo berkata, jika HSR dilaksanakan, beliau menjangkakan ramai yang akan tinggal di Kuala Lumpur tetapi bekerja di Singapura.
"Malaysia akan mengalami lebih banyak pengaliran keluar tenaga kerja berkemahiran kerana rakyat akan memilih untuk bekerja di Singapura yang berpendapatan tinggi.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7431114061720407303.jpg?itok=snnlEb3-","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7431114061720407303?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
"Manfaatnya akan lebih kepada Singapura, bukan Malaysia,” kata Teng Boo dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, landasan kereta api sepanjang 350 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut kepada 90 minit daripada lebih empat jam dengan kereta.
Keputusan mengenai status projek ini akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi.
“Sebaliknya, fokuskan kepada rangkaian antara negeri-negeri di Malaysia, terutamanya dari kawasan luar bandar ke bandar. Negara secara keseluruhannya akan mendapat lebih banyak manfaat daripada hasil ini,” kata Teng Boo.
Beliau berkata, sektor semikonduktor kekal sebagai sektor paling penting di Malaysia kerana ia menyediakan kira-kira 10% daripada jumlah pekerjaan dalam sektor pembuatan negara.
"Dengan sumbangan Malaysia antara 7% hingga 10% kepada pengeluaran cip global kerajaan Persekutuan dan negeri sedang mengambil langkah yang betul dengan melabur dalam taman reka bentuk litar bersepadu (IC) di Selangor dan Pulau Pinang.
"Langkah ini akan memberikan manfaat jangka panjang kepada Malaysia kerana ia memerlukan pengetahuan, bukan sekadar modal," katanya.
"Saya positif terhadap perkembangan Malaysia, selain dari pembaharuan sosial dan ekonomi positif yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya yakin FBMKLCI akan mencapai antara 2,500 hingga 3,000 dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," katanya.- DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/AEehBQd_Hf4.jpg?itok=YW3b1c1P","video_url":"https://youtu.be/AEehBQd_Hf4","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}