Kelemahan sentimen pengguna, Nestle dijangka terus berdepan cabaran pasaran bagi baki FY24 - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Kelemahan sentimen pengguna, Nestle dijangka terus berdepan cabaran pasaran bagi baki FY24 - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Okt - Nestle (Malaysia) Bhd dijangka terus berdepan cabaran pasaran untuk baki FY24 kesan kelemahan sentimen pengguna serta tekanan inflasi, kata MIDF Research.

 

Katanya, jualan domestik diramal kekal lemah apabila pengguna terus berhati-hati dalam perbelanjaan mereka dengan memberi keutamaan terhadap barang keperluan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, konflik berterusan Israel-Gaza dilihat akan terus mempengaruhi pilihan pengguna dan melembapkan prestasi jualan kumpulan itu.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7429543059781618952.jpg?itok=tgLCxU6a","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7429543059781618952?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Walaupun FY24 dijangka kekal mencabar, kami optimis pendapatan kumpulan itu pada FY25 mungkin mendapat manfaat daripada peningkatan momentum perbelanjaan, dirangsang oleh pemberian tunai yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2025.

 

"Selain itu, ia disokong Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kenaikan gaji penjawat awam dan margin lebih baik daripada pengukuhan ringgit," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan penyusutan sebanyak 36.1% dalam keuntungan bersihnya kepada RM85.41 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) berbanding RM133.7 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Penyusutan itu mencerminkan kesan perolehan yang lebih rendah disamping usaha berterusannya untuk meningkatkan kecekapan dalaman dan melaksanakan inisiatif penjimatan kos.

 

Hasil juga susut 18.4% kepada RM1.44 bilion daripada RM1.77 billion pada tahun sebelumnya

 

MIDF Research juga meramalkan harga bahan input utama seperti gula, susu dan gandum kembali normal akan membantu mengimbangi kos koko dan biji kopi yang semakin meningkat. 

 

Katanya, normalisasi itu boleh memberikan sedikit kelegaan kepada margin Nestle pada masa hadapan.

 

Firma penyelidikan tu berkata, kehadiran pasaran syarikat yang kukuh, disokong jenama teras seperti Milo, Nescafe dan Maggi, dijangka menawarkan daya tahan di tengah-tengah cabaran ini kerana produk berkenaan masih digemari sesetengah segmen pengguna.

 

"Ditambah dengan usaha pengurusan kos yang berterusan dan tumpuan pada inovasi, kami percaya Nestle akan dapat mengharungi cabaran jangka pendek ini dengan berkesan.

 

"Oleh itu, kami mengekalkan pendirian berhati-hati sambil mengiktiraf daya tahan kumpulan dan potensi pertumbuhan jangka panjang," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM109.90 sesaham. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/NmehF1CEScU.jpg?itok=O9ayIOC_","video_url":"https://youtu.be/NmehF1CEScU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}