MyCC dapati kartel 81 agensi umrah terlibat dalam penetapan harga | DagangNews Skip to main content

MyCC dapati kartel 81 agensi umrah terlibat dalam penetapan harga

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Sept - Sebanyak 81 agensi yang didakwa terlibat dalam harga penetapan penyediaan perkhidmatan pelancongan umrah, kata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). 

 

MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan yang menyatakan 81 agensi itu berkemungkinan menghadapi penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

 

Katanya, 81 agensi yang bertingkah laku seperti kartel itu didakwa berlanjutan hingga 2023.

 

Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus menekankan pada peringkat ini, keputusan yang dicadangkan adalah berdasarkan penemuan sementara dan tidak boleh diandaikan agensi itu telah melanggar Akta 712. 

 

Kemudian, MyCC akan membuat keputusan muktamad sama ada syarikat terbabit itu melanggar Akta 712 dan seterusnya mengenakan penalti. 

 

Sebuah firma boleh meminta Tribunal Rayuan Persaingan untuk meneliti semula keputusan MyCC dan  seterusnya boleh memulakan semakan kehakiman dalam proses rayuan. 

 

Siasatan MyCC mendapati 81 perusahaan, yang juga ahli persatuan yang didaftar di Malaysia, telah bersetuju untuk menetapkan harga lantai bagi kedua-dua perkhidmatan pakej umrah ekonomi dan premium semasa pada awal 2023.

 

Suruhanjaya itu juga mendapati persatuan terbabit membuat pengumuman kepada media untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai harga lantai yang dipersetujui mereka.

 

Menurut badan separa kehakiman itu, 71 agensi itu mempunyai lesen perkhidmatan perjalanan umrah.

 

Antara 81 agensi yang dikenal pasti oleh MyCC kerana dikhuatiri melanggar undang-undang persaingan termasuk GISB Travel & Tours Sdn Bhd, Abeel Travel & Services Sdn Bhd dan Abu Rizki Travel & Tours Sdn Bhd. 

 

MyCC berkata ia telah memaklumkan agensi yang dinamakan itu mengenai keputusan dan penalti yang dicadangkan. 

 

Kesemua agensi itu perlu menyerahkan representasi bertulis mereka kepada MyCC dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan yang dicadangkan.

 

Agensi yang terbabit juga akan mempunyai peluang untuk membentangkan representasi lisan mereka di hadapan suruhanjaya pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

 

Mohd Hishamudin turut bekata, MyCC akan mengeluarkan keputusan muktamadnya hanya selepas mengambil kira representasi bersama dengan bukti yang diperoleh semasa siasatan.- DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/xCMkwlzyJlU.jpg?itok=vCLRPOJp","video_url":"https://youtu.be/xCMkwlzyJlU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}