Nestle diramal catat jualan lemah dalam tempoh terdekat kesan boikot pengguna, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Nestle diramal catat jualan lemah dalam tempoh terdekat kesan boikot pengguna, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Okt - Nestle Malaysia Bhd diramal mencatatkan jualan yang lemah pada masa akan datang kesan daripada sentiment negatif akibat boikot dan dijangka tidak mampu untuk mencatatkan jualan seperti sebelum ini, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

 

Firma penyelidikan itu berkata, hasil kumpulan itu menyusut 18% pada suku ketiga 2024 berikutan penurunan jualan domestik, mengimbangi prestasi positif bahagian eksport.

 

"Secara domestik, pihak pengurusan mengaitkannya dengan dua faktor utama iaitu keraguan pengguna yang dianggap berpunca daripada kesan boikot di belakang konflik Israel-Gaza dan sentimen pengguna yang lemah akibat kekangan kemampuan," katanya dalam satu nota kajian.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7431058495820074258.jpg?itok=vVL6-IlG","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7431058495820074258?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

 

Sementara itu, harga koko, biji kopi robusta dan arabika masing-masing meningkat sebanyak 60%, 45% dan 32% setakat ini.

 

Seperti panduan sebelum ini, di sebalik dasar lindung nilainya, HLIB berkata kumpulan itu menjangkakan peningkatan inflasi kos input untuk kopi dan koko pada separuh kedua 2024.

 

Bagaimanapun, pengukuhan ringgit seharusnya memberikan sedikit perlindungan terhadap peningkatan kos itu.

 

“Selain itu, pihak pengurusan juga berkongsi bahawa kumpulan itu telah melihat beberapa peningkatan berturut-turut dalam jualan menjelang akhir suku tersebut," katanya.

 

Nestle bagaimanapun, tidak akan dikenakan cukai gula kerana semua produk serbuknya kini berada di bawah paras 33.3 g/100 g.

 

Peningkatan 80% cukai gula kepada 90 sen/liter diumumkan semasa Belanjawan 2025, yang akan berkuat kuasa pada Januari 2025.

 

Sementara itu, 97% daripada produk sedia untuk diminumnya juga berada di bawah ambang gula 5g/7g.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM80 sesaham.- DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/noHDeA2bHXU.jpg?itok=rXOunes1","video_url":"https://youtu.be/noHDeA2bHXU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}