Potensi pemansuhan subsidi telur bantu kerajaan jimat RM1.2 bilion setahun, tidak jejas pemain industri - TA Securities | DagangNews Skip to main content

Potensi pemansuhan subsidi telur bantu kerajaan jimat RM1.2 bilion setahun, tidak jejas pemain industri - TA Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Okt - TA Securities meramalkan harga telur meningkat sekitar dua hingga tiga sen sekiranya kerajaan meneruskan langkah pemansuhan subsidi 10 sen, mengurangkan kebimbangan mengenai kenaikan harga yang mendadak.

 

Firma penyelidikan itu berkaya, potensi pemansuhan subsidi yang mungkin dibentangkan dalam Belanjawan 2025 dan ia akan membantu kerajaan berjimat RM100 juta sebulan atau RM1.2 bilion setahun.

 

Katanya, ia akan bertindak sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengalihkan penjimatan daripada subsidi yang disasarkan kepada sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7426654253827247368.jpg?itok=DNmuRdNo","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7426654253827247368?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Subsidi yang diperkenalkan semasa kekurangan telur 2022, kini mengehadkan harga pada 42 sen untuk telur Gred A, 40 sen untuk Gred B dan 38 sen untuk Gred C.

 

Walaupun terdapat potensi penamatan subsidi, firma penyelidikan itu berkata, kenaikan harga mungkin akan menjadi minimum, berikutan kos pengeluaran yang lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh. 

 

Sementara itu, harga makanan jagung dan kacang soya, yang menyumbang sebahagian besar kos makanan ayam, menyusut sebanyak 17.9% dan 24.3% tahun ke tahun.

 

Kos makanan yang lebih rendah bersama dengan peningkatan nilai ringgit, yang telah menjadikan import lebih murah, akan membantu pengeluar ayam itik menyerap kesan penghapusan subsidi.

 

“Kami percaya kos makanan semasa yang lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh akan memberi manfaat kepada syarikat ternakan bagi tempoh jangka pendek dengan mengembangkan margin mereka.

 

"Dengan jangkaan penamatan subsidi telur, pengeluar ayam mungkin mendapat lebih fleksibiliti dalam menyesuaikan harga jualan, sebagai tindak balas kepada permintaan pasaran dan keadaan bekalan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

TA Securities juga percaya, pemain industri utama seperti Leong Hup International Bhd dan QL Resources Bhd, yang mengeluarkan berjuta-juta telur setiap hari, berada pada kedudukan yang baik untuk mengurus kesannya.

 

"Kami percaya pemain utama seperti LHI dan QL akan mendapat manfaat daripada kecekapan kos dan kedudukan pasaran yang kukuh," katanya.

 

Akibatnya, syarikat itu melihat ia sebagai peluang yang baik untuk memperoleh saham Leong Hup, kerana ia menjangkakan prestasi Leong Hup pada separuh kedua FY24 mendapat manfaat daripada pengurangan kos input.

 

TA Securities mengekalkan saranan 'beli' ke atas Leong Hup, dengan harga sasaran (TP) sebanyak 76 sen, sementara ia mengekalkan panggilan 'pegang'  ke atas QL Resources, dengan TP sebanyak RM4.84 sesaham.- DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/OzrZVQP6TDk.jpg?itok=Y5MQMmfS","video_url":"https://youtu.be/OzrZVQP6TDk","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}