KUALA LUMPUR 8 Okt - KPJ Healthcare Bhd melantik Shahril Mizani Ariffin sebagai Ketua Pegawai Digital baharu, bermula 7 Oktober 2024.
Belia membawa 20 tahun pengalaman dalam bidang teknologi dan kepimpinan strategik serta merupakan pakar dalam pelbagai industri, menjadikannya aset yang penting kepada barisan kepimpinan KPJ Healthcare.
Sebelum menyertai KPJ Healthcare, Shahril Ariffin merupakan Ketua Pegawai Transformasi dan Teknologi di UMW Group.
Semasa perkhidmatan beliau di UMW Group, beliau telah mengetuai pelaksanaan pelan transformasi 10 tahun yang berfokuskan terhadap rumusan digital dan inisiatif kelestarian seperti integrasi tenaga solar telah berjaya mengoptimumkan operasi dan mengurangkan kos.
Sebelum ini, Shahril Ariffin telah berkhidmat di Firma Korn Ferry di mana beliau memegang peranan penting dalam membimbing organisasi-organisasi besar membentuk strategi modal insan dan perancangan tenaga kerja.
Tanggungjawab beliau termasuk menyelaraskan teknologi dengan matlamat perniagaan secara konsisten yang telah menghasilkan keputusan yang berkesan dalam pelbagai industri.
Pada peringkat awal kerjayanya, Shahril Ariffinmengetuai projek teknologi penting di Accenture, termasuk integrasi penyelesaian digital untuk inisiatif berskala besar. Pengalaman beliau dalam pelbagai sektor meletakkannya dalam kedudukan unik untuk memimpin perjalanan transformasi digital KPJ Healthcare.
Shahril Ariffin memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) dari University College London dan telah mengikuti Program Pendidikan Eksekutif di Harvard Business School, sekaligus memperkukuhkan kemahiran kepimpinan strategiknya.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, pelantikan Shahril Ariffin selaras dengan visi Kumpulan dalam mengintegrasikan rumusan digital terkini dalam perkhidmatan kesihatan KPJ.
“Berdasarkan pengalaman luas Shahril Ariffin, beliau merupakan pakar dalam memperkasakan transformasi digital dan memastikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan meningkatkan kecekapan operasi,” katanya. - DagangNews.com