KUALA LUMPUR 26 Sept - Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan meningkatkan insentif tenaga bersih dalam bajet 2025 menjelang Oktober ini bagi membangunkan infrastruktur tenaga suria, mengukuhkan insentif cukai pelaburan teknologi hijau dan mempercepatkan amalan tenaga bersih.
Pakar tenaga bersih menggariskan prospek inisiatif dan insentif bagi memperkukuh lagi landskap tenaga boleh diperbaharui (RE) negara.
Ini termasuk meletakkan had kapasiti bagi sistem solar pemeterian tenaga bersih (NEM) Rakyat, NEM Gomen dan NEM NOVA, dan membenarkan sambungan projek rumusan tenaga solar penggunaan sendiri (SELCO).
"Pengembangan ini bukan sahaja menumpukan tenaga yang lebih bersih tetapi juga menciptakan pekerjaan baharu.
"Sektor pemasangan PV solar dijangka menyaksikan pertumbuhan yang ketara, dengan peluang pekerjaan hijau membantu syarikat mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, ia menggesa kerajaan untuk melanjutkan pengecualian dan pengurangan cukai, termasuk pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pengurangan duti import dan cukai eksais modul PV solar, pengawal caj dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) sehingga 2029.
Di samping itu, Solarvest mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM50,000 untuk pemasangan PV solar, dengan pelepasan tahunan sehingga RM10,000 dalam tempoh 5 tahun.
"Kami juga mencadangkan kerajaan memperkenalkan pinjaman tanpa faedah kepada rakyat B40 dan pinjaman bersubsidi faedah untuk M40 dalam Program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) Rakyat serta menawarkan insentif cukai bagi pemaju hartanah yang menggunakan rumusan tenaga solar," ulasnya.
Antara cadangan lain termasuk sokongan dasar dan pembiayaan RM50 juta untuk pengurusan bahagian permintaan dan perdagangan tenaga serta pembiayaan RM30 bilion untuk meningkatkan infrastruktur grid, rangkaian pengecasan EV dan BESS.
Solarvest juga memberi adangan seperti latihan dan penyelidikan industri solar, termasuk program inovatif seperti Agrivoltaic dan Aquavoltaic bagi mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan RE dan pengeluaran makanan.
"Dlam usaha mengembangkan insentif tenaga bersih negara, kerajaan perlu memastikan projek PV solar yang dipasang di tanah dan terapung untuk SELCO, melibatkan syarikat tempatan dengan majoriti ekuiti Malaysia," jelasnya.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest dan Presiden Persatuan Industri Fotovoltaik Malaysia (MPIA), Davis Chong Chun Shiong percaya Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi peneraju global dalam RE.
"Cadangan yang kami mencerminkan peluang strategik yang tersedia bagi kedua-dua sektor awam dan swasta untuk bekerjasama dalam memajukan matlamat tenaga bersih Malaysia dan mencapai masa depan rendah karbon," ujar beliau.- DagangNews.com