KUALA LUMPUR 26 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melawat ke banyak lokasi untuk menjalankan siasatan berterusan terhadap YTL Communications Sdn Bhd berhubung projek 1BestariNet.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, siasatan tersebut akan mengambil masa kerana pegawai SPRM akan melawat 8,000 sekolah.
"Pegawai SPRM sedang meneliti dua isu utama iaitu kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah dan jika sekolah tidak menerima data walaupun teah membuat tuntutan.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7418860832773180680.jpg?itok=rupovOM1","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7418860832773180680?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
"Kita perlu meneliti tentang perkara ini kerana ia merupakan satu kesalahan jika sekolah ada membuat permintaan tetapi tidak menerima bekalan data," ulasnya.
Beliau juga menekankan semua kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai 1BestariNet sedang dipandang serius.
Pada awal September 2024, SPRM telah membuat penggeledahan ke atas pejabat YTL Communications dan sebuah pejabat kerajaan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tuntutan pembayaran berkaitan tender perkhidmatan 1BestariNet.
Sumber SPRM berkata, sejumlah dokumen telah disita yang mengandungi butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion, serta unsur jenayah lain di bawah Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun, syarikat induk YTL Communications, YTL Power International Bhd, mengekalkan projek yang berakhir pada 30 Jun 2019 itu, walaupun telah projek itu disahan siap oleh Kementerian Pendidikan.
Projek 1BestariNet, yang dimulakan pada 2011 oleh Menteri Pendidikan ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah dianugerahkan kepada YTL Communications.
Projek mega yang menyediakan ketersambungan dan platform pembelajaran untuk guru, pelajar dan ibu bapa, sering dikritik kerana perkhidmatan internet yang lemah.- DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/O6bkKns5pUk.jpg?itok=fyPkN2N5","video_url":"https://youtu.be/O6bkKns5pUk","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}