TNB tamatkan dua kontrak Bintai Kinden bernilai RM84.43 juta | DagangNews Skip to main content

TNB tamatkan dua kontrak Bintai Kinden bernilai RM84.43 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Julai - Bintai Kinden Corporation Berhad memaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menamatkan dua kontrak yang diberikan kepada anak syarikatnya Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. (KBK) kerana ketidakupayaan KBK untuk terus melaksanakan obligasi kontrak.

 

KBK menghadapi masalah kewangan akibat kemudahan perbankannya digantung atau ditamatkan oleh institusi kewangan, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Sebelum ini, kedua-dua kontrak itu diberikan pada Julai dan Oktober 2018, berkaitan penubuhan stesen suis dan utiliti, dengan nilai kolektif RM84.43 juta.

 

Bulan lalu, Bintai mengumumkan bahawa TNB telah menamatkan lapan kontrak dengan KBK atas sebab yang sama.

 

Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah nilai kontrak yang ditamatkan kepada RM213.23 juta.

 

Bintai berkata impak kewangan akibat penamatan kedua-dua kontrak ini masih belum ditentukan dan tertakluk kepada pemeriksaan kemajuan dan penilaian akaun akhir TNB.

 

"Setelah mempertimbangkan semua aspek, lembaga pengarah berpendapat bahawa penamatan itu adalah demi kepentingan KBK," tambah kumpulan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik.

 

Bintai berkata impak kewangan akibat penamatan kedua-dua kontrak ini masih belum diketahui dan tertakluk kepada pemeriksaan kemajuan dan penilaian akaun akhir TNB.

 

"Setelah mempertimbangkan semua aspek, lembaga pengarah berpendapat bahawa penamatan itu adalah demi kepentingan KBK," katanya.- DagangNews.com