UIAM jalin kerjasama strategik dengan Universiti Atatürk | DagangNews Skip to main content

UIAM jalin kerjasama strategik dengan Universiti Atatürk

Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Prof. Dr. Ömer Çomakli memeterai MoU kerjasama di Universiti Atatürk, Turkiye pada 22 April 2024. - Gambar UIAM

KUALA LUMPUR 25 April - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memperkukuhkan kerjasama strategik dengan sebuah universiti penyelidikan terkemuka di Turkiye, Universiti Atatürk menerusi pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU).

 

UIAM diwakili oleh Rektor, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Universiti Atatürk diwakili Rektornya, Prof. Dr. Ömer Çomakli di universiti tersebut di Turkiye. Perjanjian ini adalah bersempena dengan lawatan kerja delegasi UIAM ke universiti tersebut.

 

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Prof. Dr. Zainal Sanusi, Pengarah Pusat Kesejahteraan untuk Kelestarian dan Kemanusiaan UIAM manakala dari Universiti Atatürk pula turut hadir wakil dari Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dr. İhsan Efeoğlu, Timbalan Rektor Universiti Atatürk, Prof. Dr. Turgut Göğebakan, Dekan Fakulti Teologi, Prof. Dr. Muhammed Kızılgecit dan koordinator pejabat hubungan luar, Prof. Dr. Taşkın Öztaş,.

 

Kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama akademik antara dua negara dan  memudahkan pertukaran ilmu pengetahuan serta kepakaran melalui koordinasi bidang akademik, inisiatif penyelidikan bersama dan program pertukaran antara universiti.

 

Kerjasama seperti ini tidak hanya mendorong pertukaran budaya tetapi juga menggalakkan kemajuan dalam dalam bidang Sains dan Akademik bagi kedua belah pihak.

 

Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Dzulkifli berkata kerjasama aerjasama antara dua negara ini amat penting Dunia Islam sedang berkembang lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan.

 

Sepanjang sejarah, hubungan antara Malaysia dan Turkiye telah berkembang atas dasar saling hormat dan kerjasama, Selain itu hubungan diplomatik, pertukaran budaya, dan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara memberikan peluang yang besar kepada semua pihak yang terlibat.

 

"Kerjasama dalam kalangan universiti dalam bidang pendidikan dan akademik telah mengalami peningkatan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini khususnya hubungan sejarah dan nilai budaya yang berkongsi antara Malaysia dan Turkiye ini dapat membantu mengukuhkan kerjasama ilmiah,” kata Prof Emeritus Dzulkifli.

 

“Memandangkan kedua-dua negara ini adalah dua negara Islam yang penting bagi penyelidikan dalam sains Islam, budaya, dan bahasa adalah komponen penting dalam perkongsian ini. Kerjasama dan usaha bersama antara kedua-dua negara mempunyai potensi besar untuk menggalakkan keamanan, kestabilan, dan kemajuan serantau dan global,” ujarnya.

 

Kerjasama akademik ini juga adalah penting kerana ia akan memajukan kedua-dua negara dan mempunyai potensi besar untuk masa depan. Selain itu, ia berpotensi untuk menggalakkan pengiktirafan akademik dan kerjasama yang lebih besar di kalangan masyarakat dan individu, dengan demikian menghasilkan hasil yang baik di peringkat global.

 

Rektor Universiti Atatürk, Prof. Dr. Ömer Çomakli berkata melalui MoU ini ia juga sebagai simbol memperkukuhkan hubungan dua hala negara melalui dunia pendidikan.

 

“Universiti Atatürk adalah sebuah universiti penyelidikan, saya yakin kerjasama ini merupakan peluang penting bagi para sarjana dan pelajar kami untuk menempatkan diri mereka di arena global lebih-lebih lagi kerjasama dengan UIAM yang mana antara universiti Islam yang sangat dikenali dan disegani di peringkat global”. Katanya.

 

“Saya mengungkapkan keyakinan saya bahawa kerjasama ini, yang bertujuan untuk meningkatkan pertukaran akademik dan budaya antara kedua-dua universiti, akan memberikan hasil yang baik,” kata beliau.

 

Lawatan kerja delegasi UIAM ini turut mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan melalui perjumpaan dengan Timbalan Rektor Prof. Dr. Atilla Keskin untuk membincangkan "Projek Reka bentuk dan Penukaran Generasi Baru Universiti, Prof. Dr. Bülent Çavuşoğlu di Pejabat Transformasi Digital untuk membincangkan "Teknologi Pendidikan dan Pengkomputeran, dan Prof. Dr. Kızılgeçit di Fakulti Teologi untuk membincangkan "Kecerdasan Buatan (AI)”. - DagangNews.com